Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rempuh Kenderaan Polis: Tiga Berjaya Ditahan, Seorang Lagi Masih Diburu

Polis menangkap tiga lelaki tempatan yang bertindak merempuh kenderaan polis sehingga nyaris menyebabkan kecederakan kepada anggota bertugas dalam satu kejadian di Jalan Pulasan 17, Taman Kota Masai, Pasir Gudang tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Seri Alam terpaksa melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan dinaiki suspek yang secara tiba-tiba meluruh ke arah pasukan, melanggar kenderaan polis serta hampir mencederakan anggota berkenaan.

Foto: Harian Metro

“Sepasukan polis telah menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki tempatan untuk diperiksa.
“Semasa pemeriksaan dijalankan, telah datang sebuah kenderaan secara melulu ke arah pegawai bertugas menyebabkan pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau juga berkata, pihaknya telah berjaya menahan tiga suspek berusia antara 24 hingga 45 tahun bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama memiliki dua rekod kesalahan jenayah dan tiga rekod kesalahan dadah, manakala suspek kedua memiliki satu rekod kesalahan jenayah dan dua rekod kesalahan dadah selain suspek ketiga mempunyai dua rekod kesalahan dadah.
“Hasil ujian air kencing, kesemua suspek yang ditangkap didapati positif dadah jenis methamphetamine,” jelasnya lagi.

Foto: Facebook IPD Seri Alam

Sohaimi turut berkata, permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini, dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek warga tempatan, Mohd Syakirin Mohd Samsudin, 25, yang masih bebas dalam kejadian rempuhan tersebut.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintendan ASP Mohd Afzan Musa di talian 016-2956969,” tambah beliau lagi.

Sohaimi juga menafikan dakwaan yang tular di media sosial berhubung kejadian itu yang dikatakan sehingga mengakibatkan kematian terhadap penjenayah.

Sumber: Facebook IPD Seri Alam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd