Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja 18 Tahun Maut Dirempuh Penjenayah, Hajat Sambung Belajar Marin Tidak Kesampaian

Seorang remaja lelaki, Che Wan Muhammad Aqif Mustaqim, 18, maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh kereta dipandu seorang penjenayah yang sedang melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Temiang berhampiran Simpang Bukit Jong pada Rabu.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa, anak sulung daripada lima beradik, dalam perjalanan ke tempat kerja seawal jam 6 pagi ketika kejadian berlaku. Lebih memilukan, dia dijadualkan memulakan pengajian dalam bidang marin di sebuah kolej di Kemaman, Terengganu pada 5 Oktober ini.

dirempuh

Foto: Kosmo!

Bapanya, Che Faizal Che Mohd, 44, yang juga anggota polis di Jabatan Pencegahan Jenayah, Keselamatan dan Komuniti IPD Seremban, menerima berita menyedihkan itu melalui panggilan pihak berkuasa.

Artikel lain: Dua Gadis Maut Dirempuh, Pemandu Berdepan 4 Pertuduhan

“Saya terus ke lokasi kemalangan dan memang dia sudah tiada. Motosikal hancur, tayar pun tercabut,” katanya.

Menurutnya, anaknya bekerja di sebuah stesen minyak sejak Mei lalu sementara menunggu tarikh kemasukan kolej.

Advertisement. Scroll to continue reading.
dirempuh

Foto: FB Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban


“Segala persiapan sudah dibuat, cuma tinggal nak bayar yuran. Dia pun dah rancang untuk berhenti kerja bulan September. Hajatnya nak sambung belajar tidak kesampaian,” ujarnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi itu, motosikal mangsa dirempuh sebuha Mercedes-Benz dipandu R. Puvarasan, 28, yang mempunyai lebih 10 rekod jenayah.

Suspek dipercayai memecut kenderaan untuk melarikan diri daripada pemeriksaan polis sebelum hilang kawalan dan merempuh mangsa.

dirempuh

Foto: FB Melaka Explorer

Che Faizal mengakui marah dan sedih, namun menyerahkan sepenuhnya kepada undang-undang.

“Memang ada marah, memang ada dendam, tapi kita ada undang-undang. Bila suspek ditangkap nanti, biarlah mahkamah yang tentukan hukuman,” jelasnya.

Sumber:  Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd