Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Gadis Maut Dirempuh, Pemandu Berdepan 4 Pertuduhan

Pemandu lelaki yang telah menyebabkan kematian dua reamaja perempuan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tengku Ismail, Temerloh pada 11 Jun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh hari ini.

Pemandu dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun

Menurut laporan Buletin TV3, tertuduh Chun Kok Keong, 38 tahun, berdepan dua pertuduhan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas dakwaan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian Nur Erdina Shaffiya Muhammad Nazri dan Aneez Irdiena Sofya Khairul Azman, masing-masing berusia 18 tahun.

pemandu

Foto: Buletin TV3

Jika disabitkan kesalahan, Keong boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tan Chiew King.

Artikel lain: Nahas Bas UPSI Ragut 15 Nyawa, Lesen PSV Pemandu Digantung Serta Merta!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Keong turut berdepan dua pertuduhan berkaitan dadah. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa mengedar Methamphetamine seberat 50.85 gram di hadapan lobi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 12.30 pagi, 12 Jun lalu, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika disabitkan, hukuman yang menanti ialah gantung sampai mati atau penjara seumur hidup berserta sebat tidak kurang 15 kali jika tidak dihukum mati. Namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan pertuduhan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Manakala pertuduhan kedua melibatkan pemilikan heroin seberat 0.85 gram, juga di tempat dan masa sama, mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (Pindaan 1988). Sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda maksimum RM100,000, atau kedua-duanya.

Tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pemandu

Foto: BH

Kesemua pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azri dan Siti Sarah Aqilah Lokman, manakala pemandu tersebut diwakili peguam Siti Fatimah Mohd Shahril daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah menetapkan 17 Julai untuk sebutan semula kes berkaitan kemalangan, manakala pertuduhan lain akan disebut semula pada 18 September depan. Lesen memandu tertuduh turut digantung sehingga perbicaraan selesai.

Sumber: Buletin TV3 (Fazli Ahmad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd