Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Genius! Remaja 16 Tahun Kuasai Coding, Bangunkan Perisian Keselamatan Negara

Remaja 16 Tahun Kuasai Coding

Walaupun baru berusia 16 tahun, seorang pelajar sekolah menengah di sini berjaya mencipta nama dalam bidang pengekodan (coding) dan pengaturcaraan sehingga menarik perhatian sebuah syarikat untuk membangunkan perisian keselamatan.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Omar, Muhammad Khawarizmi Muhamad Kamalrul Zaman menjalin kerjasama dengan syarikat berkenaan bagi menyediakan perisian yang digunakan untuk latihan sebuah pasukan keselamatan negara.

Remaja 16 Tahun Kuasai Coding

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata minat serius terhadap bidang pengekodan bermula pada 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila dia dan adiknya, Muhammad Khazini, 13, cuba membangunkan permainan dalam talian.

“Kami cuba menghasilkan permainan sendiri dan mencuba pelbagai game engine sebelum menemui yang sesuai. Kemudian, kami buat pula game launcher menggunakan bahasa pengaturcaraan.
“Kami belajar tutorial pengekodan daripada YouTube untuk memahami dengan lebih mudah sehingga saya mula membaca dokumen rasmi berkaitan pengekodan dan pengaturcaraan semasa tingkatan tiga,” katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Muhammad Khawarizmi berkata, penguasaan dalam bidang pengekodan dan pengaturcaraan bukan sahaja mengasah ketajaman minda serta kemahiran inovasi, malah memberi impak positif terhadap pencapaian akademiknya di sekolah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Remaja itu berkata, pemahaman mendalam terhadap bidang tersebut turut meningkatkan penguasaannya dalam subjek seperti Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Bahasa Inggeris.

Sementara itu, bapanya Muhammad Kamalrul Zaman Zainol, 41, berkata beliau telah menghabiskan puluhan ribu ringgit termasuk menjual sebuah kenderaan bagi membiayai pembelian pelbagai perkakasan TMK seperti komputer dan pelayan (server) untuk digunakan anaknya.

“Sebagai bapa, tidak ada masalah untuk berkorban sedikit dan melabur untuk anak mempelajari bidang pengekodan yang merupakan bidang amat penting pada masa hadapan selain menjamin masa depan mereka,” katanya.

Artikel lain: Pelajar Orang Asli Kalahkan 15 Negara! Rangkul Emas IRO 2025, Robot ‘Rover’ Tawan Dunia

Dalam perkembangan berkaitan, Pengetua SMK Dato’ Syed Omar Noor Anizah Jamal berkata pihak sekolah sentiasa menggalakkan pelajar menguasai bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) termasuk pengekodan dan pengaturcaraan serta menyediakan peralatan bagi menyokong pembelajaran mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami sedang membangunkan bilik STEM yang akan dilengkapi peralatan untuk mempelajari bidang itu. Banyak inovasi boleh dihasilkan dan sentiasa diusahakan oleh pelajar.
“Kami juga memastikan pelajar termasuk Muhammad Khawarizmi menyertai pelbagai pertandingan STEM. Kami sentiasa menyokong dan berhubung dengan ibu bapanya serta berbincang mengenai projek boleh disertainya,” katanya.
Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Bermula di sebuah gelanggang latihan sederhana di Hulu Selangor, minat seorang kanak-kanak terhadap seni bela diri kini membawanya melakar kejayaan di pentas dunia. Ketika...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd