Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Remaja 16 Tahun Hilang Selepas Bertengkar Dengan Ibu

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas meninggalkan kediamannya di Bandar Baru Uda, Johor Bahru semalam.

Menurut laporan Buletin TV3, ibunya, Saadah Abd Kadir, berkata anaknya, Nur Farisah Adlina Ismail atau Ina telah keluar dari rumah sekitar jam 7.30 pagi tanpa membawa telefon bimbit dan kad pengenalan.

Foto: Facebook Saadah Ida

Remaja tersebut bertindak demikian selepas berlakunya perselisihan faham dengan ibunya kerana tidak dibenarkan keluar bersama rakan-rakan, serta cubaan untuk menipu dengan alasan hendak melawat ayah kandungnya yang dikatakan mengalami kemalangan di Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya juga marah kerana dia menipu dengan mengatakan mahu melawat ayah kandungnya yang kemalangan. Sedangkan ayah kandungnya tidak kemalangan dan sedang bekerja di Kelantan.
“Mungkin anak terasa hati dan merajuk dengan saya. Saya tidak berniat begitu dan hanya bimbangkan keselamatan anak saya,” katanya.

Difahamkan, kehilangan Ina disedari oleh suaminya yang melihat Ina membawa beg galas dan beg luggage, kemudiannya ditinggalkan di belakang rumah jiran.

Foto: Buletin TV3

Rakaman CCTV di sebuah medan selera berhampiran menunjukkan Ina berada bersendirian sebelum menghilang tanpa dapat dikesan.

Sehingga kini, pencarian giat dijalankan oleh ahli keluarga termasuk rakan-rakan abangnya, namun masih belum menemui sebarang petunjuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tampoi dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Saadah.

“Saya ketepikan rasa malu dan memohon agar masyarakat yang melihat anak saya untuk segera menghubungi saya di talian 0177908440,” katanya yang telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di Balai Polis Tampoi, di sini petang semalam.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd