Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Rekaan Corak Baharu Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia Lebih Jelas Dan Garang

Rekaan Corak Baharu Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan corak baharu pada pakaian rasmi untuk Kontinjen negara yang berlatarbelakangkan warna hitam, dengan belang Harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar ke temasya sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai  hingga 11 Ogos nanti.

Menurut satu kenyataan, Presiden MOM Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata, logo MOM dengan kibaran Jalur Gemilang kembali dilakar mengikut warna-warna Jalur Gemilang diiringi lima Gegelung Olimpik, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.

Rekaan Corak Baharu Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia

Foto: MOM

“MOM merasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.
“Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara mengaum di kota Paris nanti,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya berharap corak dan motif lebih terang ini bukan sahaja menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen tetapi apa yang lebih penting ialah dapat melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian untuk berjuang atas nama negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: MOM Sedia Tambah Baik Reka Bentuk Pakaian Kontinjen Malaysia, Hasilkan Motif ‘Harimau’ Lebih Jelas

Rekaan Corak Baharu Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia

Foto: MOM

“Untuk kemeja T berkolar berwarna emas, MOM mengekalkan corak dan motif yang sama tetapi dengan lakaran logo MOM yang berlambangkan warna-warna Jalur Gemilang sebagai tanda menghormati bendera negara,” jelasnya.

Sementara itu, Mohamad Norza turut memaklumkan bahawa MOM mendapat kebenaran daripada pihak penaja Yonex Sunrise Malaysia supaya logo Yonex atau YY tidak dipaparkan di kedua-dua jaket dan kemeja T disebabkan faktor kekangan masa.

“Ini adalah kerana proses untuk Yonex Sunrise Malaysia mencetak dan menyediakan pakaian rasmi ini memerlukan perjanjian di antara Yonex dan pengilang sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenama itu,” tambah beliau.

Rekaan Corak Baharu Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia

Foto: ecentral.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pihak Yonex Sunrise Malaysia yang sudah 10 tahun menjadi penaja pakaian rasmi Kontinjen negara, dan di atas kesediaan mereka membenarkan penghasilan pakaian rasmi baharu menggunakan fabrik dan reka corak berbeza.

Untuk makluman, seramai 26 atlet yang mewakili negara akan menggunakan pakaian berkenaan pada temasya sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung 26 Julai  hingga 11 Ogos depan.

Sumber: Laman Web MOM

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Lokal

Seorang bapa kepada dua anak menerima padah selepas dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencuri barangan keperluan...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd