Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rebut Nak Isi Pistol Air Punca Pergaduhan Pesta Songkran – Polis

Polis menahan lima individu berusia antara 20-an hingga 30-an dipercayai terbabit dalam kes pergaduhan pesta Songkran di sebuah pusat beli-belah di Damansara, Petaling Jaya.

Rebut isi pistol air punca pergaduhan

Rebut isi pistol air punca pergaduhan

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pergaduhan itu berpunca akibat berebut mengisi pistol air.

“Kita telah berjaya menahan lima individu yang terlibat dengan pergaduhan, kejadian dikatakan berpunca daripada berebut semasa mengisi air untuk pistol air yang digunakan dalam pesta tersebut,” kata Shahrulnizam pada Selasa.

Rebut isi pistol air punca pergaduhan

Artikel lain: 50 Meter Dari Masjid, Tarian Mencolok Mata Cemar Imej Batu Feringghi

Terdahulu, media melaporkan tular satu video pergaduhan selama 56 saat dan tinjauan awal mendapati video tersebut merupakan insiden pergaduhan yang dipercayai berlaku ketika pesta berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh Ketua Polis Balai, Balai Polis Damansara dan siasatan kini dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Rebut isi pistol air punca pergaduhan

Untuk rekod, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata. Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Polis Balai, Balai Polis Damansara, Inspektor Hafizzul Mohd Noor di talian 016-2236804 atau 03-77222222.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd