Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rebut Kawasan Edar Dadah, Tiga Lelaki Termasuk Seorang Putus Pergelangan Tangan

Polis Daerah Ipoh melaporkan satu kejadian pergaduhan berlaku sehingga menyebabkan kecederaan parah yang melibatkan tiga lelaki warga tempatan berhampiran di Tanjung Rambutan, Ipoh, Perak pada Ahad.

Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketiga-tiga mangsa berkenaan berusia dalam lingkungan 26 hingga 30 tahun yang telah menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Foto: Utusan Sarawak

“Hasil siasatan mendapati mangsa pertama telah mengalami kecederaan hampir putus di pergelangan tangan kiri, mangsa kedua telah mengalami kecederaan putus di pergelangan tangan kiri sementara mangsa ketiga telah mengalami kecederaan putus urat di tapak tangan kiri.
“Rakaman percakapan semua mangsa telah diambil dan menyatakan telah diserang oleh suspek seramai lebih kurang 20 orang lelaki warga  tempatan yang memakai topeng serta bersenjatakan kayu dan parang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, insiden pergaduhan tersebut dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan dadah selain memberitahu siasatan kes akan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan 148 Kanun Keseksaan.

“Tindakan pantas siasatan pihak polis, tangkapan telah dibuat ke atas tiga lelaki India berumur antara 23 tahun hingga 37 tahun bagi membantu siasatan.
“Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh pada 24 Jun 2024 untuk permohonan reman,” ujarnya.

Abang Zainal turut memaklumkan bahawa pihaknya sedang giat mengesan suspek-suspek yang masih bebas dan memandang serius kejadian ini selain menyeru orang ramai supaya bersabar dalam apa jua keadaan dan tidak melakukan apa-apa perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

Foto: Media Sosial

“Sehubungan itu, pihak polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil memberi keterangan dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Shafiq Bin Mohd Ghazali di talian 013-7962051 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” tambahnya lagi.

Terdahulu, satu insiden penemuan pergelangan tangan manusia yang terputus dilaporkan di lokasi kebakaran kereta berhampiran Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Ipoh dipercayai berpunca daripada pergaduhan akibat perebutan kawasan pengedaran dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis Daerah Ipoh

Avatar
Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerajaan akan menbuat pengumuman khas kenaikan gaji 1.5 juta penjawat awam yang akan dibuat pada Jumaat, 16 Ogos depan. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan...

Lokal

Jenazah Nur Farah Kartini Abdullah difahamkan akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri Sarawak bagi proses pengebumian pada hari ini....

Sosial

Tular di media sosial sepasang suami isteri warga emas yang ditemukan meninggal dunia dan membusuk di dalam bilik rumah mereka di kawasan Jonggol, Jawa...

Sosial

Bapa kepada salah seorang mangsa yang lemas Air Terjun Jami, Maros, Sulawesi Selatan pada Jumaat tahan tangis selepas menerima berita anak perempuannya lemas. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd