Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Razman Zakaria, Nantikan Surat Daripada Peguam Saya – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan menyerahkan notis tuntutan kepada Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria yang mendakwa wanita itu mempunyai kaitan dengan keluarga konglomerat Yeoh dari YTL Corporation Bhd.

Memetik laporan Malaysiakini, menerusi platform X, Hannah memberi amaran tentang tindakan undang-undang terhadap Razman yang semalam memohon maaf atas kesilapannya semasa ucapan selama 30 minit baru-baru ini, dengan satu minit petikan dakwaan tersebut menjadi tular.

Hannah Yeoh hantar surat saman melalui peguam kepada Razman Zakaria

Hannah Yeoh

Foto: X @hannahyeoh

“Sebenarnya ucapan Razman Zakaria Pesuruhjaya PAS Perak yang menuduh saya macam-macam melebihi satu minit.
“Nantikan surat daripada peguam saya. Fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama,” tulis Ahli Parlimen Segambut itu hari ini.

Difahamkan, Razman telah mengaku bersalah dan memohon maaf kerana mendakwa Hannah sebagai “anak YTL”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hannah Yeoh

Foto: Facebook Haji Razman Zakaria

“Saya mengakui kesilapan fakta tentang kaitan Hannah Yeoh dan syarikat gergasi YTL. Saya mengakui bahawa Hannah Yeoh tiada kaitan dengan tokoh korporat atau syarikat YTL. Ia kesilapan petikan yang berlaku tanpa sengaja.
“Dengan kenyataan ini saya menyatakan kekesalan dan pernyataan maaf kepada pihak YB Hannah Yeoh dan YTL serta mana mana pihak yang terkesan atau tersentuh dengan kenyataan atas kekeliruan fakta tersebut,” ujarnya.

Hannah Yeoh

Foto: themalaysianreserve

Razman dalam ceramahnya baru-baru ini mendakwa pemimpin DAP itu sebagai  “anak YTL” dimana kumpulan YTL diasaskan oleh mendiang Yeoh Tiong Lay, anaknya Francis Yeoh Sock Ping kini menjadi pengerusi eksekutif.

Hannah Yeoh

Foto: Facebook Haji Razman Zakaria

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas lanjut, Razman bagaimanapun menyalahkan media kerana “mengerat” video panjang ceramahnya untuk dijadikan tajuk berita.

“Ucapan saya yang dipetik Malaysiakini adalah ayat yang bukan isi utama apatah lagi ceramah tersebut menampilkan tiga tokoh utama,” jelasnya.

Artikel lain: Isu Buku ‘Becoming Hannah’, Polis Terima 182 Laporan Terhadap Hannah Yeoh

Ini permohonan maaf kedua Razman kepada pemimpin DAP dalam tempoh tidak sampai dua bulan.

Terdahulu, Razman memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming kerana mengaitkannya dengan insiden kibaran bendera China di Teluk Intan, pada 24 Oktober tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini, X @hannahyeoh, Facebook Haji Razman Zakaria

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd