Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Razarudin Peroleh Injuksi, Papagomo Diarah Hapus Kandungan Berunsur Fitnah

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berjaya memperoleh perintah injuksi bagi menghalang blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo daripada terus menerbitkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya.

Foto: Berita Harian

Menurut Buletin TV3, perintah injuksi tersebut dipohon Razarudin berkaitan kes saman fitnah yang difailkannya pada 26 Disember lalu, berhubung kenyataan Papagomo yang melabelkan dirinya dengan perkataan tidak senonoh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pesuruhjaya Kehakiman Gan Techiong telah membenarkan permohonan injuksi berkenaan selepas mendapati bahawa Razarudin menunjukkan wujudnya isu yang serius dan perlu dibicarakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

papagomo

Perintah injuksi ex-parte yang dikeluarkan melarang dan menghalang Papagomo daripada menerbitkan atau menyiarkan kenyataan fitnah di semua platform media sosial yang ditujukan kepada Razarudin sehingga perbicaraan kes saman itu diputuskan.

Papagomo juga dikehendaki menarik balik, menurunkan dan memadamkan penerbitan siaran video di Youtube, Tiktok, Facebook, Telegram dan X miliknya bertarikh 14, 15, 20 dan 22 Disember lalu yang mengandungi kenyataan berunsur fitnah.

Artikel lain: Kes Saman Fahmi Terhadap Papagomo Dibenar Pindah Ke Mahkamah Tinggi Lain

Mahkamah telah menetapkan 10 Januari ini bagi permohonan pendengaran injuksi secara dua belah pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam Razarudin, Raam Kumar memberitahu media bahawa notis tuntutan saman itu sudah diserah kepada Papagomo yang dinamakan sebagai defendan.

Plaintif menuntut ganti rugi bagi fitnah lisan, fitnah bertulis, ganti rugi am, ganti rugi teruk atau teladan dan ganti rugi khas.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini telah membuka kertas siasatan berhubung kenyataan Papagomo dalam satu klip video.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd