Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ramai Warga Emas Gagal Dapat Warganegara, Tak Lepas Ujian Bahasa Melayu

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan ramai warga emas gagal memperoleh taraf kewarganegaraan Malaysia.

Ujarnya, kegagalan mereka memperoleh warganergara adalah disebabkan tidak mlepasi uian penguasaan Bahasa Melayu (BM).

Menurut beliau, lulus ujian penguasaan Bahasa Melayu merupakan syarat bagi permohonan berkenaan kerana ia adalah standard yang ditetapkan.

” ‘Best practices’ diteliti di luar negara adalah penguasaan bahasa rasmi atau pertuturan negara berkenaan. Pemohon warganegara dikehendaki boleh berbahasa bahasa rasmi negara berkenaan.
“(Di Malaysia) markah lulus (ujian penguasaan bahasa Melayu) adalah lapan, manakala gagal pula satu. Kadang-kadang kita luluskan mereka (pemohon) yang dapat (markah) dua pun… hanya boleh ucap ‘terima kasih’.
“Kebanyakan mereka yang berusia ini terlalu fasih bahasa asing. Ini antara kekangan dihadapi KDN (Kementerian Dalam Negeri),” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Artikel lain: Rakyat Kena Tunjuk Kad Pengenalan Sebelum Beli Beras Subsidi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan dakwaan ada sejuta penduduk Sabah tidak mempunyai dokumen sah sebagai warganera, seperti dinyatakan oleh Lo Su Fui (GRS-Tawau).

“Saya mohon (Lo) bantu saya selepas ini. Sebab sepanjang 10 bulan saya berada di KDN, saya belum jumpa data ini lagi. Barangkali Tawau ada maklumat, boleh salur,” katanya.

Warga emas gagal peroleh kewarganegaraan

Menurutnya, sepanjang 10 bulan berada di KDN, beliau membuat keputusan mengenai 10,381 permohonan warganegara dan kebanyakan kes ini membabitkan anak angkat dan anak tidak sah taraf.

“Saya tahu mereka tidak boleh ke sekolah. Kalau ke hospital bila sakit terpaksa bayar bil yang tinggi. Saya tahu. Sebab itu saya minta pegawai saya di KDN selesaikan yang ini dulu,”katanya.

Tegas beliau, tohmahan meluluskan puluhan ribu warganegara kepada rakyat China disifatkan sebagai jahat.

Sumber: BH Online (Oleh Muhammad Yusri Muzamir), Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd