Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramai Warga Emas Ditipu Scammer, Catat Kerugian Tinggi Cecah RM552.51 Juta Sejak 2021

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman melaporkan bahawa jumlah kerugian mangsa penipuan dalam talian melibatkan warga emas mencecah RM552.51 juta bagi tempoh tiga tahun bermula 2021 sehingga 2023.

Menurut satu laporan Kosmo, Pengarahnya Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah kerugian tersebut membabitkan seramai 5,533 orang, iaitu sebanyak 6.4 peratus daripada 86,266 mangsa ditipu dengan kerugian RM2.76 billion dalam tempoh tiga tahun itu.

Foto: Berita Harian

“Meskipun bilangan mangsa warga emas berusia 61 tahun ke atas adalah rendah, namun nilai kerugian dialami mereka adalah tinggi.
“Trend yang hampir sama juga dicatatkan tahun ini yang mana daripada 11,918 kes penipuan online yang direkodkan sehingga 19 Mei lalu, seramai 990 mangsa (8.3 peratus) adalah warga emas,” katanya.

Beliau juga melaporkan jumlah keseluruhan kerugian adalah sebanyak RM471.5 juta, manakala kerugian melibatkan warga emas adalah sebanyak 27.7 peratus yang mencecah RM130.49 juta direkodkan sehingga 19 Mei lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: bm.syok.my

“Trend yang sama dicatatkan bagi tahun ini sehingga 19 Mei, yang mana daripada 990 mangsa warga emas yang direkodkan, 39.4 peratus atau 390 daripadanya adalah membabitkan jenayah telekomunikasi,” ujarnya.

Ramli turut berkata, warga emas mencatatkan jumlah kerugian tertinggi berbanding lain-lain kategori umur, iaitu daripada 5,533 warga emas yang direkodkan mengalami kerugian, sebanyak 2,631 individu adalah mangsa penipuan jenayah telekomunikasi seperti ‘phone scam’, penyamaran dalam talian, penipuan SMS dan tawaran hadiah.

“Apa yang membimbangkan, nilai kerugian yang dicatatkan oleh kelompok mangsa warga emas ini adalah yang tertinggi berbanding kelompok umur yang lain,” tambahnya lagi.

Foto: powerhouseforensics.com

Untuk makluman, hal ini menunjukkan bahawa polis merekodkan jumlah kerugian membabitkan jenayah telekomunikasi yang berlaku terhadap golongan warga emas adalah sebanyak RM253.93 juta daripada jumlah keseluruhan RM873.84 juta dalam tempoh tiga tahun tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Tuan Nurhidayah Tuan Ab.Ghani)

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Lokal

Polis memaklumkan suspek pembunuhan seorang penuntut universiti di Cyberjaya dikesan membuat transaksi pengeluaran wang automatik ATM milik mangsa setelah wanita itu dibunuh. Suspek guna...

Lokal

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang melanggar Perodua Axia dijatuhi hukuman denda berjumlah RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd