Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ramai Tak Patuh Lampu Isyarat Merah Terutama Penunggang Motosikal

Tahap pematuhan dan kesedaran pengguna jalan raya untuk berhenti ketika lampu isyarat merah masih rendah, khususnya dalam kalangan penunggang motosikal.

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini, jabatan itu telah mengambil tindakan terhadap 57 pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang gagal mematuhi peraturan itu menerusi Ops Merah yang dijalankan selama tiga hari dan berakhir semalam.

Menurut JPJ negeri penguatkuasaan secara berfokus itu dilakukan di dua daerah iaitu di Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Unit Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Pulau Pinang menjalankan operasi itu ekoran aduan terdapat penunggang motosikal yang gagal berhenti ketika lampu isyarat merah dan kami akan meneruskan operasi tersebut dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

JPJ Pulau Pinang turut mengingatkan pengguna bahawa pengabaian peraturan itu boleh mengakibatkan kemalangan termasuk kemalangan maut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain kesalahan melanggar lampu merah, 22 kesalahan lain seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insuran dan tidak memakai topi keledar turut dikesan dalam operasi itu.

Sumber: BERNAMA

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd