Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ramai Kena ‘Scam’! Dakwaan Dibunuh Anak Adalah Palsu, Pelakon Veteran Bollywood Masih Hidup

Pelakon veteran Bollywood, Veena Kapoor yang didakwa mati dibunuh anak lelakinya baru-baru ini akibat berebut tanah pusaka bernilai RM6.4 juta adalah palsu semata-mata.

Menurut laporan Hindustan Times, salah faham berlaku disebabkan mangsa wanita yang dibunuh itu mempunyai nama sama seperti pelakon tersebut.

Disebabkan berita palsu tersebar hampir seluruh dunia itu, Veena dan anak lelakinya Abhishek Chadda tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mumbai bagi menafikan mereka terbabit dalam kejadian berkenaan.

Pelakon berusia 74 tahun itu berkata, dia terpaksa menjelaskan tentang fitnah berat itu kerana mengalami tekanan mental dan emosi sehingga menjejaskan fokusnya terhadap kerja apatah lagi sedang menjalani penggambaran.

“Itu berita palsu. Ada seorang wanita bernama Veena Kapoor telah dibunuh. Tapi bukan saya kerana kami individu yang berbeza.
“Nama kami sama tetapi saya tinggal di Goregaon, bukan Juhu. Saya juga tinggal bersama anak, jadi sebab itulah ramai menyangka saya menjadi mangsa.
“Sekiranya kami tidak membuat laporan, kejadian sama mungkin akan terjadi pada orang lain. Mental saya terganggu dengan panggilan telefon pagi dan malam…
“…sehingga hilang mood untuk penggambaran serta tidak dapat fokus untuk bekerja,” kata Veena pada ANI News menerusi satu video di laman Twitter.

Memetik laporan Moneycontrol pula, Abhishek pula menganggap berita disiarkan tidak masuk akal sehingga menyebabkan imejnya tercalar sekali gus kehilangan pelbagai tawaran kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya juga menerima banyak panggilan menuduh saya melakukan pembunuhan. Saya tidak tergamak melakukan perkara seperti itu kerana amat menyayangi ibu.
“Saya kecewa membaca berita di media sosial.. saya merayu orang ramai tidak menyebarkan khabar angin berkenaan. Ibu saya masih hidup, saya tidak membunuhnya,” kata Abhishek.

Terdahulu, kecoh apabila media melaporkan ‘Veena Kapoor’ (individu lain) meninggal dunia akibat dibunuh oleh anaknya sendiri bernama Sachin Kapoor selepas berlaku pergaduhan sebelum mayatnya dibuang ke dalam sungai di daerah Raigad.

Sumber: Hindustan Times , Moneycontrol 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd