Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Rakyat Malaysia Dinasihati Daftar E-Konsular Sebagai Langkah Keselamatan Di Korea Selatan

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Korea Selatan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti panduan pihak berkuasa tempatan.

Foto: AFP

Menurut laporan BERNAMA, dalam kenyataan rasmi pada hari Rabu, kementerian memaklumkan bahawa situasi di Korea Selatan kini telah kembali pulih selepas undang-undang tentera ditarik balik di seluruh negara.

Rakyat Malaysia di Korea Selatan digalakkan untuk mendaftar melalui E-Konsular bagi memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini dan bantuan yang tepat pada masanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedutaan Malaysia di Seoul yang terletak di alamat 129, Dokseodang-ro Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419 atau menerusi talian +82-2-2077 8600 atau +82-2-794 5488, atau melalui e-mel [email protected] bersedia membantu mereka yang memerlukan khidmat konsular.

Foto: AFP

Sebelumnya, Agensi Berita Yonhap melaporkan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol telah mengumumkan penamatan undang-undang tentera pada awal pagi Rabu.

Keputusan ini berlaku selepas Dewan Negara meluluskan usul untuk menamatkan undang-undang berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kabinet telah meluluskan usul tersebut pada jam 4:30 pagi waktu tempatan, berikutan Presiden Yoon mendakwa pihak pembangkang ‘melumpuhkan’ kerajaan melalui aktiviti anti-negara.

Ketua Turus Bersama telah mengesahkan bahawa pasukan yang dikerahkan untuk melaksanakan undang-undang tentera telah kembali ke pangkalan masing-masing.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd