Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Rakyat Luah Gembira, Guna Dividen ASB Bayar Deposit Rumah & Tunai Haji

Majoriti pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang konsisten menyimpan dalam pelaburan tersebut bertujuan  membayar deposit rumah, membiayai pendidikan serta menunaikan haji atau umrah.

Menurut laporan Sinar Harian, seorang pekerja perbankan, Noraidah Lamri, 57, memberitahu telah membuka  akaun ASB sejak tahun 1990-an malah menyimpan wang untuk empat orang anaknya di akauan yang berasingan.

Bukan itu sahaja, beliau tidak menafikan bahawa menyimpan dalam ASB sangat membantu untuk keluarganya selain dapat membelanjakan wang tersebut selepas bersara atau bercuti ke luar negara.

“Saya pernah tunaikan umrah pada 2019 dan bawa seluruh keluarga saya, jadi menyimpan dalam ASB sangat membantu,” katanya.

Pekerja hotel, Syaznur Hakim Janal, 25, memaklumkan dia sudah menyimpan wang dalam akaun itu sejak usia 12 tahun yang dibuka oleh arwah ayahnya untuk pembiayaan pendidikan dan simpanan jangka panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya, dia tidak pernah membelanjakan simpanan RM30,000 dalam akaun tersebut kerana mahu digunakan untuk tujuan kecemasan, berkahwin atau membeli rumah pertama.

“Arwah ayah memang tak izinkan saya untuk usik langsung wang simpanan ini sehingga saya mencecah umur 18 tahun dan selepas dia meninggal dunia dua tahun lalu, baru saya boleh gunakannya.
“Namun, tiada keperluan saya gunakan ia buat masa sekarang jadi saya cuma kumpul dividen setiap tahun saja,” ujarnya.

Sementara itu,  jururawat, Juminah Tamin, 44, berkata jumlah simpanannya kini sudah mencecah RM50,000 sejak mula disimpan secara konsisten pada tahun 2005.

“Kebiasaannya saya cuma masukkan (dalam ASB) sekitar RM300 sahaja tapi tak simpan setiap bulan. Hasil simpanan itu saya fikir mahu tunai umrah atau haji jika diberi peluang ke sana, insya-Allah
“Sebagai pencarum, saya gembira dengan kenaikan dividen dan memberi sedikit kelegaan kepada kami semua sebab beberapa tahun kebelakangan ini dividen agak rendah.
“Peningkatan ini sedikit sebanyak akan menarik perhatian lebih ramai orang untuk menyimpan bersama ASB,” ulas Juminah.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd