Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Raja Permaisuri Agong Rasmi Masjid Tunku Azizah Iskandar Sempena Nama Baginda

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan dan menamakan semula Masjid Kampung Baru, Bentong sebagai Masjid Tunku Azizah Iskandar sempena nama baginda.

Turut berangkat ke majlis itu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kepimpinan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Tuanku Azizah ketika bertitah menzahirkan penghargaan kerana diberi penghormatan merasmikan dan menamakan masjid itu, yang mula digunakan pada 2020 membabitkan kos sebanyak RM5 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“(Terima kasih) Kepada kerajaan negeri juga kerana membina masjid yang begitu cantik ini,” titah baginda yang turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat sebelum menunaikan solat Maghrib, Isyak serta tarawih di masjid berkeluasan kira-kira 0.60 hektar yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang Datuk Seri Johari Harun ketika berucap pula memaklumkan dalam tempoh lima tahun bermula 2018, sebanyak 15 masjid baharu siap dibina di negeri itu membabitkan peruntukan RM58.4 juta.

Beliau berkata masih terdapat 16 masjid dalam pembinaan dengan peruntukan RM47.1 juta manakala 17 lagi akan dibina membabitkan kos sebanyak RM80 juta.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd