Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Raja Muda Perlis, Raja Puan Muda Perlis Hadir Ke Majlis Apresiasi Pameran Rahsia Kebaya

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil mencemar duli menghadiri Majlis Apresiasi sempena Pameran Rahsia Kebaya di Muzium Tekstil Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM), Mohd Razaimi Hamat berkata, majlis diadakan sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada rakan kerjasama Pameran Rahsia Kebaya.

“Rakan kerjasama pameran ini terdiri daripada pelbagai pihak, sama ada dari Istana Negeri, Agensi Persekutuan, Agensi Negeri dan badan bukan kerajaan (NGO), muzium persendirian, syarikat korporat dan persendirian serta orang perseorangan.
“Kerjasama ini bukan sahaja melalui perkongsian maklumat, buah fikiran dan kerja-kerja penyelidikan pameran, malah peminjaman bagi koleksi-koleksi baju kebaya yang dipamerkan,” katanya.

Pameran Rahsia Kebaya yang telah diadakan pada 25 Oktober lalu memperagakan sebanyak 60 koleksi baju kebaya dimana sebahagian besarnya milik Jabatan Muzium Malaysia dan rakan-rakan kerjasama pameran ini.

Artikel lain: Tourism Malaysia Lancar Pakej Minat Khas Houseboat 2023/2024

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Mohd Razaimi berkata, majlis juga bertujuan untuk mengalakkan interkasi dan memberi penghargaan kepada mereka yang bekerjasama dengan JMM terutama dalam memperkuatkan jaringan kerjasama strategik.

Majlis Apresiasi Pameran Rahsia Kebaya

“Ia turut membantu dalam pembangunan dan peningkatan dasar, peranan, fungsi, misi dan visi JMM, khususnya untuk jangka panjang,” ujarnya.

Sementara itu, majlis ini turut diharap dapat mengeratkan hubungan kerjasama strategik dalam usaha mengangkat, memelihara dan memulihara warisan tekstil di Malaysia secara amnya.

Malah, ia juga diharap agar menjadi pemangkin kepada peluang kerjasama pada masa akan datang untuk membentuk satu hubungan signifikan bagi faedah jangka panjang kepada Kementerian Perpaduan Negara, JMM dan pihak yang terlibat.

Majlis Apresiasi ini turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd. Yusof.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing, China ke Kuala Lumpur tergendala lebih sejam selepas berlaku kekecohan melibatkan seorang penumpang wanita yang tidak berpuas hati dengan...

Sosial

“Mak, ini tiket umrah untuk mak…” Demikian kata mekanik dikenali sebagai ‘Abang Minyak Hitam Jalanan’ yang tular di media sosial selepas menerima tajaan umrah...

Sosial

Kegigihan seorang pemuda dikenali sebagai Wan yang sanggup bekerja sejak usia 15 tahun demi membantu keluarga meraih perhatian ramai selepas kisahnya tular di media...

Dunia

Menteri Kewangan Indonesia, Purbaya Yudhi Sadewa menarik balik cadangan awal untuk mengenakan levi ke atas kapal yang melalui laluan strategik Selat Melaka dan Selat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd