Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Raja Charles III Disahkan Hidap Kanser Lepas 18 Bulan Naik Takhta

Raja Charles III disahkan hidap kanser hanya selepas 18 bulan menaiki takhta setelah ditabalkan pada 6 Mei 2023 susulan kemangkatan Ratu Elizabeth, pada 8 September 2022.

Memetik laporan dari BBC, berita tersebut dinyatakan Istana Buckingham selepas mengumumkan Charles, 75 akan menangguhkan tugas membabitkan penampilan awam ketika menjalani rawatan tetapi berharap untuk kembali menjalankan tugas awam sepenuhnya secepat mungkin.

Jenis kanser tidak dinyatakan

Difahamkan, kanser yang dihidapi Raja Charles III tidak dinyatakan namun ia dikesan selepas baginda menjalani rawatan di bahagian prostat baru-baru ini.

Raja CharlesIII memulakan “rawatan biasa” pada hari Isnin dan akan menangguhkan tugas awam semasa itu,
Walau bagaimanapun, baginda tetap positif sepenuhnyadan berharap untuk kembali ke tugas awam sepenuhnya secepat mungkin,” ujar istana.

Kedua-dua putera Raja Charles III telah diberitahu

Setakat ini belum ada sebarang butiran lanjut mengenai peringkat kanser atau prognosis yang dihidapinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Charles juga difahamkan telah memaklumkan hal tersebut kepada kedua-dua anak lelakinya secara peribadi tentang kesihatannnya dan Putera Wales dikatakan kerap berhubung dengan baginda.

Anak kedua Raja Charles III juga mungkin akan pulang ke UK ziarah bapa

Duke of Sussex, Putera Harry, yang kini tinggal di Amerika Syarikat telah bercakap dengan bapanya dan akan pulang ke UK untuk menziarahi baginda dalam beberapa hari lagi.

Raja Charles III hidap kanser

Artikel lain: “Baginda Banyak Memberi Inspirasi”- Selebriti Dunia Hiba Pemergian Ratu Elizabeth II

Raja Charles kembali ke London dari Sandringham di Norfolk pada pagi Isnin dan istana memaklumkan yang baginda telahpun memulakan rawatan sebagai pesakit luar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun baginda akan menghentikan sementara acara awamnya, Charles tetap meneruskan peranan perlembagaan sebagai ketua negara, termasuk menyemak kertas kerja dan mesyuarat persendirian.

Difahamkan pertemuan mingguan bersama Perdana Menteri, Rishi Sunak tetap diteruskan dan mereka akan bertemu secara peribadi dengan nasihat doktor.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Sosial

Pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah tampil memohon maaf secara terbuka susulan kesilapan penulisan ayat al-Quran yang terdapat dalam buku terbitannya, ‘Wanita Syurga’ sehingga mencetuskan kegusaran...

Bisnes

Gergasi automotif global Volkswagen dilaporkan merancang langkah penstrukturan semula terbesar dalam sejarah syarikat dengan mengurangkan sehingga 100,000 pekerja di seluruh dunia serta menutup empat...

Dunia

Isteri kepada pemain bola sepak Venezuela, Héctor Bello iaitu Andrea dilaporkan maut selepas mengorbankan nyawa untuk menyelamatkan anak perempuan mereka dalam kejadian gempa bumi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd