Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Raih Perhatian Netizen, Agensi Pemuliharaan Sedang Kesan Orang Utan ‘Gergasi’

Tular di media sosial satu video memaparkan seekor orang utan ‘gergasi’ yang berdekatan dengan sebuah rumah di kawasan perkampungan di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur sehingga.

Memetik laporan Detik.com, video tersebut memaparkan saiz orang utan tersebut yang dikatakan lebih tinggi berbanding dengan rumah berhampirannya.

Sementara itu, Agensi Pemuliharaan Sumber Asli Alam Kalimantan Timur (BKSDA) telah menerima dan sedang meneliti video berkenaan bagi memastikan lokasi sebenar rakaman itu diambil.

Menurut Ketua BKSDA, Ari Wibawanto sedang mencari lokasi sebenar rakaman itu diambil bersama WIldlife Rescue Unit (WRU) sejak Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dari semalam, kami sudah melakukan penelitian dari media sosial dan lain-lain. Kami juga sedang mencari lokasi sebenar rakaman itu bersama WRU,” kata Ari.

Menerusi video tersebut, kelihatan orang utan gergasi itu sedang mengenggam dahan pokok berhampiran dengan rumah berkenaan sambil memakan buah dengan tenang.

Menurut Ari, orang utan di dalam video berkenaan merupakan orang utan jantan yang sudah berumur dan sekilas pandang, ia memang tergolong dalam kalangan haiwan besar.

Artikel lain: Netizen Kecam Media Indonesia, Lapor Imigran Haram Asal Malaysia Masuk Negara Itu

Bagaimanapun, Ari berpendapat kemungkinan orang utan itu kelihatan seperti gergasi kerana sudut pengambilan video itu yang diambil dari bawah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Melihat kepada sudut video itu diambil, ia diambil dari bawah. Kita juga tidak tahu jarak antara rumah itu dengan orang utan. Disebabkan itu, berkemungkinan orang utan menjadi kelihatan besar,” ujar Ari.

Tambahnya, orang utan itu memasuki kawasan perkampungan kerana ia tidak memiliki kawasan yang dikuasainya untuk mencari pasangan atau makanan.

Selain itu, disebabkan saiznya yang besar dan sudah berusia, orang utan itu sudah tidak dapat memanjat pokok untuk mencari makanan.

Sementara itu, pihak BKSDA masih belum dapat memastikan lokasi sebenar rakaman itu diambil kerana pemuat naik asal telah memadan video berkenaan.

Sumber: Detik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Spotlight

Rapper terkenal Britain, Central Cee, 27, mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam dan menukar namanya semasa siaran langsung baru-baru ini. Central Cee, nama lahir...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd