Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Ragut 23 Nyawa, Pemandu Bas Sekolah Terbakar Di Thailand Serah Diri

Polis Thailand bakal mendakwa pemandu bas sekolah yang terbakar sehingga mengakibatkan kematian 23 murid dan guru di negara itu pada Selasa selepas suspek serah diri.

Memetik laporan Nation Thailand, suspek bernama Samarn Chanput kini berada di Balai Polis Khu Khot di Pathum Thani untuk menjalani siasatan lanjut.

Pemandu bas sekolah terbakar di Thailand serah diri

pemandu Bas Sekolah Terbakar Di Thailand Serah Diri

Sebelum ini, pemandu bas sekolah itu telah melarikan diri daripada lokasi kejadian sebaik sahaja bas itu terbakar dan meninggalkan murid dan guru di dalam bas.

Bagaimanapun, ketika menyembunyikan diri di daerah Wiset Chaicharn di Ang Thong, suspek akhirnya mengubah fikiran kemudian menyerah diri kepada polis dan dibawa kembali ke Phatum Thani pada 3 pagi, Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Komander Balai Polis Khu Kot, Pol Colonel Kantapon Wanna berkata suspek tidak kelihatan risau dan dia sempat memakan dua pisang disamping sempat tidur sebelum polis mengejutkannya untuk membacakan dakwaan terhadap dirinya.

pemandu Bas Sekolah Terbakar Di Thailand Serah Diri

Dalam pada itu, Kantapon berkata pihaknya akan berusaha untuk menyelesaikan siasatan dan soal siasat terhadap suspek serta mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga mangsa secepat mungkin.

Ini bagi memudahkan pihak polis untuk menyerahkan kes tersebut kepada pendakwa raya, sekaligus membawa Samarn ke mahkamah untuk didakwa.

Artikel lain: Sempat Rakam Detik Akhir, Gadis Maut Terjatuh Di Laluan Bawah Tanah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Pol. Jen. Kittharath Punpetch berkata pemandu itu akan didakwa di bawah Kanun Keseksaan kerana memandu dengan cuai serta menyebabkan kematian.

“Suspek mengaku bersalah dan penyiasat menahannya di balai polis Khu Khot. Penyiasat telah menemu bual saksi, mengumpul bukti dari tempat kejadian dan meneliti rakaman CCTV. Siasatan forensik diperlukan. Mereka yang bertanggungjawab akan didakwa,” katanya dalam satu sidang media.

Pada masa yang sama, Kittharath turut memaklumkan bas itu dilengakapi dengan 11 tong gas, namun hanya enam daripadanya telah didaftarkan.

Susulan kejadian ini, Kementerian Pendidikan Thailand mengarahkan penggantungan serta-merta semua lawatan lapangan sekolah.

pemandu Bas Sekolah Terbakar Di Thailand Serah Diri

Menteri Pendidikan, Permpoon Chidchob berkata jika lawatan seperti itu diperlukan, langkah keselamatan dan rancangan perjalanan yang ketat mesti dilaksanakan dan Jabatan Darat mesti memeriksa keadaan kenderaan sebelum perjalanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bermula sekarang, kenderaan yang digunakan untuk lawatan sekolah tidak boleh berusia lebih daripada lima tahun. Siasatan mendapati bas yang terlibat dalam kejadian ini adalah kenderaan lama, berusia beberapa dekad,” ujarnya.

Sumber: Nation Thailand

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd