Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Putin Akui Rusia Berdepan Kekurangan Bekalan Bahan Api, Tubuh Pasukan Petugas Tangani Masalah

Presiden Rusia, Vladimir Putin mengakui negara itu kini berdepan kekurangan bekalan bahan api susulan serangan berulang Ukraine terhadap kemudahan tenaga dan infrastruktur kritikal Rusia, namun menegaskan situasi berkenaan masih berada pada tahap terkawal.

Dalam wawancara yang disiarkan Kremlin pada Ahad, Putin berkata serangan ke atas kemudahan tenaga Rusia sememangnya memberi kesan terhadap sistem bekalan negara.

“Bagi serangan terhadap infrastruktur kritikal secara keseluruhan, dan infrastruktur tenaga khususnya, sudah tentu serangan terhadap kemudahan infrastruktur kami menimbulkan masalah, itu jelas. Ketika ini kami sedang berdepan sedikit kekurangan, namun ia tidak berada pada tahap kritikal,” katanya.

Russian President Vladimir Putin chairs a meeting on securing fuel supplies for the domestic market in Moscow, Russia, June 28, 2026. Sputnik/Gavriil Grigorov/Pool via REUTERS

Menurut beliau, keutamaan kerajaan ketika ini adalah meningkatkan keupayaan pertahanan udara Rusia selain memastikan bekalan bahan api terus mencukupi, khususnya ke wilayah Crimea.

Pada Jumaat lalu, pihak berkuasa di Crimea yang dikuasai Rusia mengisytiharkan darurat susulan gangguan bekalan bahan api dan bekalan elektrik akibat serangan Ukraine terhadap rangkaian logistik serta kemudahan minyak di wilayah itu.

Rusia menguasai Crimea daripada Ukraine pada 2014, namun tindakan itu tidak diiktiraf oleh sebahagian besar negara di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, ketika berucap pada kongres parti United Russia, Putin memberi jaminan kerajaan akan terus memastikan keselamatan negara walaupun Ukraine semakin giat melancarkan serangan balas di wilayah Rusia.

“Ya, kami melihat masalah itu, kami menyedarinya dan sedang menanganinya, namun kami pasti akan memastikan keselamatan negara serta rakyat kami, selain menjamin kedaulatan sempadan Rusia.
“Kami sudah pasti akan mengatasi semua cabaran yang sedang kami hadapi hari ini, termasuk serangan pengganas terhadap wilayah dan kemudahan infrastruktur kami,” tambahnya.

Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas serangan dron Ukraine mengorbankan seorang individu di wilayah Krasnodar, selatan Rusia, selain mencetuskan kebakaran di sebuah loji penapisan minyak, menurut Gabenor wilayah itu, Veniamin Kondratyev.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyifatkan serangan tersebut sebagai sebahagian daripada operasi bagi melemahkan keupayaan Rusia meneruskan peperangan.

“Loji penapisan minyak Slavyansk di wilayah Krasnodar telah diserang, kira-kira 300 kilometer dari barisan hadapan. Kami juga berjaya menyerang sebuah loji penapisan di wilayah Yaroslavl, kira-kira 700 kilometer dari sempadan kami,” katanya menerusi platform X.

Minggu lalu, satu lagi serangan Ukraine turut menyebabkan kebakaran besar di sebuah loji penapisan minyak di tenggara Moscow sehingga asap hitam tebal menyelubungi kawasan pinggir ibu negara itu.

Mengulas kemungkinan rundingan damai, Putin berkata Rusia bersedia meneruskan perbincangan bagi menamatkan perang di Ukraine dan menjangkakan wakil pentadbiran Amerika Syarikat (AS) akan kembali ke Moscow selepas konflik melibatkan Iran semakin reda.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami menjangkakan selepas semua peristiwa ini berakhir, selepas fasa aktif berkaitan Iran berlalu, kami akan menerima ketibaan wakil pentadbiran AS yang sebelum ini telah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan kami di Moscow.
“Kami bersedia untuk meneruskan rundingan dan bersedia membincangkan semua perinciannya,” kata Putin lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas hubungan Rusia-AS selepas Sidang Kemuncak G7 di Perancis, susulan gesaan Presiden AS, Donald Trump agar Rusia mencapai persetujuan damai dengan Ukraine.

Artikel lain: 60 Tahun Negara Jalin Hubungan Diplomatik, Agong Undang Putin Lawat Malaysia

Pada Rabu lalu, Trump turut menyatakan Zelenskyy menunjukkan prestasi yang baik dalam peperangan menentang Rusia meskipun sebelum ini pernah menyifatkan pemimpin Ukraine itu tidak mempunyai “kelebihan” untuk memenangi konflik berkenaan.

Konflik yang bermula pada Februari 2022 itu terus menyaksikan kedua-dua negara saling melancarkan serangan, dengan Ukraine meningkatkan serangan dron ke dalam wilayah Rusia, manakala Moscow meneruskan serangan ke atas bandar serta infrastruktur tenaga Ukraine.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemandu e-hailing yang tular selepas dipercayai memukul bekas isterinya di kawasan parkir awam di luar Balai Polis Bandar Baru Bangi akhirnya ditahan polis...

Sosial

Jasa Allahyarhamah Normah Sabar tidak terhenti selepas pemergiannya apabila wanita yang dikenali sebagai juruukur wanita pertama negara itu turut menyumbang sinar baharu kepada sekurang-kurangnya...

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Sosial

Seorang wanita merayu bantuan orang ramai menerusi platform Threads untuk mengesan bekas suaminya yang didakwa menumbuk mukanya ketika proses penyerahan anak di Bangi, petang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd