Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JIM & TalentCorp Lancarkan Pusat Satelit Ekspatriat Di KLIA Terminal 2

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) telah melancarkan Pusat Satelit Ekspatriat (ESC) di KLIA Terminal 2 pada 23 Julai 2024 bagi meningkatkan daya tarikan Malaysia kepada pelabur dan menarik bakat berkemahiran tinggi.

Menurut Menteri Dalam Negeri, YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail sewaktu majlis pelancaran memaklumkan bahawa pengoperasian ESC ini mencerminkan komitmen JIM, dengan kerjasama TalentCorp dan anak syarikatnya MYXpats, dalam menyelaraskan proses imigresen, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

“Malaysia telah menyaksikan peningkatan bilangan ekspatriat yang membuktikan bahawa Malaysia merupakan destinasi pilihan bagi syarikat multinasional dan pelabur.
“Trend ini dijangka memberi kesan positif kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mewujudkan lebih banyak pertumbuhan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi untuk rakyat Malaysia,” ujarnya.

Difahamkan, pembukaan ESC baharu di Terminal 2 ini merupakan rentetan kejayaan ESC pertama di KLIA Terminal 1, yang dilancarkan pada 30 November 2021.

ESC Terminal 1 dan Terminal 2 berfungsi untuk memudahkan pengeluaran pas dalam kadar segera selepas ketibaan Ekspatriat termasuklah Pas Pekerjaan (EP), Pas Lawatan Ikhtisas (PVP), Pas Tanggungan (DP) serta Pas Residen-Talent (RP-T).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkhidmatan ini tersedia kepada syarikat di bawah bidang kuasa Bahagian Khidmat Ekspatriat (ESD) dan Malaysia Expatriate Service Centre (MYXpats), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA).

ESC Terminal 2 KLIA yang terletak secara strategik di Balai Ketibaan di Aras 2 kini mula beroperasi sepenuhnya 24 jam sehari serta menawarkan sokongan yang berterusan dan berdedikasi untuk ekspatriat yang tiba dari seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Encik Thomas Mathew menyatakan proses perkhidmatan imigresen yang dipertingkatkan melalui ESC kini menjimatkan masa dan meningkatkan kecekapan pengurusan bagi syarikat yang mempunyai keperluan ekspatriat segera, berbanding sebelum ini yang mengambil masa selama 30 hari untuk diproses.

“Kerjasama yang berterusan sejak 2014 antara TalentCorp dengan JIM telah membuahkan hasil yang bermanfaat, khususnya dalam menerima pakai penambahbaikan dan inovasi untuk pertumbuhan negara.
“Platform sehenti Xpats Gateway yang telah dilancarkan pada Jun 2023, telah melibatkan sebanyak 26 agensi pelulus di bawah satu bumbung dan menjadi contoh visi kerajaan untuk meningkatkan daya saing perniagaan melalui pembaharuan dan dasar yang mantap,” katanya.

Pusat Satelit Ekspatriat

Sejak pembukaan ESC Terminal KLIA 1 pada November 2021 hingga 21 Julai 2024, sebanyak 22,390 pas telah dikeluarkan serta menghasilkan penjimatan yang dianggarkan lebih RM330 juta untuk perniagaan di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis pelancaran ESC berkenaan turut dihadiri oleh Dato’ Ruslin bin Jusoh, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, dan wakil dari dewan perniagaan antarabangsa di Malaysia.

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd