Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Punya La Sedap, YouTuber UK Tergamam Dengan Kelazatan Ramly Burger

Untuk pengetahuan semua, pada bulan lalu seorang YouTuber dari United Kingdom telah melancong ke Malaysia dan berpeluang untuk merasakan sendiri makanan tempatan di negara kita.

Vogger yang dikenali sebagai Heli telah membuat keputusan untuk mencuba salah satu burger tempatan yang cukup dikenali ramai iaitu Ramly Burger.

Difahamkan, Heli telah dimaklumkan terdapat gerai burger yang terbaik berhampiran dengan  tempat tinggalnya di sekitar bandar Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik sahaja dia tiba di lokasi gerai tersebut, dia seakan terkejut kerana ada juga pelanggan lain yang sedang menunggu pesanannya dan telah diminta untuk menunggu selama 40 minit oleh pemilik gerai.

Katanya, dia telah membuat pesanan bagi burger burger lain dengan disaluti keju, mayonis, sos berbeku dan perasa lain dengan harga RM10.

Pada suapan pertama, dia meluahkan rasa terkejut apabila tekstur daging tersebut sangat ‘juicy’ malah rotinya turut dibakar dengan baik.  Jelasnya, itu merupakan burger terbaik yang dirasainya berbanding dengan burger yang lain.

“Daging lembu, sangat berair. Sosnya, manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka, kawan,” katanya.

Sumber: YouTube @This Food Bangz

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd