Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pujuk Rakan Melayu Tak Mahu Masuk Kelas, Tindakan Kanak-Kanak Cina Ini Menyentuh Hati

Baru-baru ini, tular sekeping gambar memaparkan seorang kanak-kanak menenangkan rakan sekelasnya yang terlalu gementar untuk hadir ke sekolah sehingga menyentik hati masyarakat melalui tindakannya.

Menerusi satu hantaran Facebook yang dikongsi oleh SJKC Yu Hua, pasangan ibu bapa tanpa nama berkongsi cerita yang membawa kepada tindakan yang menyentuh hati itu.

https://www.facebook.com/sjkcyuhua/posts/909476787640208?ref=embed_post

Hari tersebut merupakan hari pertama persekolahan dan sudah tentu ramai ibu bapa yang teruja selain bimbang ketika menghantar anak mereka buat kali pertama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepasang ibu bapa kemudiannya terlihat seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Melayu yang berusia tujuh tahun sedang berdiri di pintu pagar sekolah dengan mata berlinangan air mata.

Walaupun ibunya cuba menggalakkan dan menceriakannya untuk masuk ke dalam sekolah, kanak-kanak tersebut masih tetap teragak-agak untuk berbuat demikian.

Pada ketika itu, seorang murid berbangsa Cina dalam lingkungan usia yang sama muncul dan berdepan dengan kanak-kanak Melayu berkenaan.

Walaupun dirinya juga kelihatan takut-takut, dia mengumpulkan keberanian lalu memegang tangan kanak-kanak Melayu itu, dan menemaninya  berjalan menuju ke kawasan dimana pelajar lain sedang beratur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun tidak banyak kata-kata yang dilafaz antara mereka, namun masih terdapat rasa kemesraan yang tulus dalam persahabatan mereka,” tulis ibu bapa terbabit menerusi hantaran berkenaan.

Pada hujung perkongsian, ibu bapa mengatakan bahawa situasi itu sangat menyentuh perasaannya dan telah terbukti, hantaran itu telah mendapat lebih 5,000 reaksi netizen yang turut terharu dengan tindakan kanak-kanak terbabit.

Sumber: FB SJK C Yu Hua Kajang

Ditulis oleh Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Lokal

Rapid Bus sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dengan sekumpulan penunggang basikal yang tular di media...

Sosial

Pendakwah dan usahawan, Mohd Firdaus Mat Akhir, 37, membuat permohonan maaf selepas aksinya di sebuah majlis ilmu dikecam netizen kerana dilihat berlebihan dan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd