Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PTPTN Komited Perkasa STEM, Insentif Pembiayaan & Simpanan Melalui Belanjawan 2025

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited melaksanakan hasrat kerajaan melalui Belanjawan 2025 berhubung bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Ia adalah sebagai tanda sokongan dan selaras dengan aspirasi Kerajaan ke arah melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi, sesuai dengan tuntutan industri.

PTPTN komited perkasa STEM

Pengerusinya, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, inisiatif menerusi belanjawan itu menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar mengikuti bidang STEM.

Menurutnya, STEM merupakan satu daripada elemen kritikal dan galakan tersebut bagi memacu ke arah negara berteknologi tinggi menjelang tahun 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penyediaan dana pembiayaan pendidikan khusus kepada pelajar bidang STEM di institut pengajian tinggi awam (IPTA) adalah sebagai sokongan dan selaras aspirasi kerajaan ke arah melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi, sesuai dengan tuntutan industri.
“PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi menyambut baik dan merakamkan ucapan penghargaan serta terima kasih bagi inisiatif
yang telah diumumkan melalui Belanjawan 2025,” katanya dalam kenyataan.

Artikel lain: Bantu Langsaikan Hutang Pelajar, Sarawak Bayar RM90.42 Juta Kepada PTPTN

Beliau berkata, dalam usaha menggalakkan penabungan untuk pendidikan tinggi anak-anak, kerajaan bersetuju insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke
atas simpanan dalam Simpan SSPN dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2027.

“Selain itu, pemberian geran padanan atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT daripada keluarga
berpendapatan RM4,000 diperluaskan sehingga RM6,000 dengan jumlah geran maksimum sehingga RM5,000.
“Inisiatif melalui ikhtiar Geran Padanan Ihsan (GAPAI) ini adalah bagi tempoh dua tahun,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, PTPTN juga berharap masyarakat Malaysia terus menjadikan Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi selaras usaha kerajaan memberikan manfaat penabungan melalui insentif Belanjawan 2025.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd