Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

PROTON Umum Nama Kereta Elektrik Pertama Malaysia, Proton e.MAS 7

Syarikat automotif negara, Proton Holdings Bhd (PROTON) mengumumkan nama rasmi bagi model kereta elektrik (EV) pertamanya yang dikenali sebagai Proton e.MAS 7 hari ini.

Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Dr Li Chunrong berkata, Proton e.MAS 7 merupakan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C yang akan menjadi penanda aras bagi permulaan baharu sejarah automotif negara.

Foto: paultan.org

“e.MAS 7 menekankan komitmen PROTON di dalam agenda EV Malaysia yang menyeru pengeluar kereta nasional untuk memperkenalkan EV menjelang 2025.
“Walaupun pelancaran penuh akan berlaku pada akhir tahun ini, pengesahan nama dan pratonton model baru ini menunjukkan pendekatan proaktif PROTON dalam memimpin industri automotif negara ke arah masa depan yang lebih lestari,” katanya.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, PROTON memaklumkan kenderaan EV yang dibangunkan bersama Geely itu menampilkan platform Global Modular Architecture (GMA) yang canggih, memastikan prestasi kenderaan unggul, pengendalian terbaik, dan keselesaan mencukupi.

Dengan rekaan dimensi sepanjang 4,615 mm, lebar 1,901 mm, tinggi 1,670 mm, dan jarak roda 2,750 mm, e.MAS 7 menawarkan ruang dalaman yang cukup luas dengan reka bentuk luaran kontemporari untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden.

Foto: Berita Harian

Kenderaan itu juga menampilkan sistem pemacu elektrik terkini, 12-dalam-1 yang canggih selain dilengkapi dengan seni bina bateri Cell-To-Body yang inovatif dan sistem audio Flyme Auto yang diintegrasikan dengan sistem IHU tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PROTON turut memaklumkan usaha kolaboratif bersama dengan Geely merangkumi beberapa aspek penting seperti strategi produk, kejuruteraan, reka bentuk, kawalan kualiti pengeluaran dan pembangunan ekosistem tempatan.

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Dunia

Dua kanak-kanak dilaporkan maut selepas dipercayai terperangkap di dalam sebuah peti sejuk beku ketika bermain sorok-sorok di rumah mereka di Vista Hermosa, Colombia pada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd