Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Promosi Kraf Tangan, Penjawat Awam Negeri Diminta Pakai Kain Benang Johor Setiap Jumaat

Bermula Jumaat tahun depan, pemakaian baju kurung dan baju Melayu teluk belanga bersama Kain Benang Johor oleh penjawat awam sebagai baju kerja akan dilaksanakan.

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar menyatakan bahawa langkah itu bertujuan mempromosikan Kain Benang Johor yang merupakan warisan negeri kepada pelancong tempatan mahupun luar negara.

KWSAB KEKAL JADI PILIHAN PELANCONG – MEDIA DIGITAL JOHOR

Foto: MDJ

“Pemakaian oleh pegawai kerajaan merupakan satu strategi promosi untuk memperkenalkan produk Kain Benang Johor. Produk kraf tangan berkenaan kini semakin dikenali dan diminati,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, hari ini.

Raven Kumar turut memerihalkan bahawa kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) akan menawarkan bidang tenunan dalam program pendidikan Perintis Seni Johor bermula tahun depan sebagai usaha mencari bakat dan tenaga mahir dalam bidang itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya lagi, program itu bakal dilaksanakan selama tiga bulan atau 12 minggu berdasarkan modul disediakan jabatan dalam bentuk latihan asas kepada pengenalan dan penghasilan produk tenunan berkaitan Kain Benang Johor.

Penjawat awam negeri diminta pakai kain benang Johor setiap Jumaat tahun depan. - Foto hiasan

Foto: Berita Harian

Raven Kumar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tenggaroh berkata, sejak 2018 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 873 helai Kain Benang Johor telah dihasilkan di Galeri Tenun Johor yang terletak di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

“Galeri Tenun Johor kelolaan YWJ mempamerkan dan menghasilkan produk Kain Benang Johor, iaitu satu daripada produk kraf tangan beridentitikan Johor. Terdapat lapan penenun menghasilkan produk Kain Benang Johor di galeri yang dirasmikan pada 2018. Galeri ini telah menerima 14,660 pengunjung setakat bulan lepas,” ujarnya.

Kain Benang Johor tenunan asli

Foto: Carian Google

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut beliau, bersempena dengan Tahun Melawat Johor, YWJ merancang untuk mengadakan peragaan fesyen bagi produk Kain Benang Johor menerusi kerjasama dengan pereka fesyen terkenal.

Justeru itu, peragaan ini tidak hanya terhad untuk pemakaian sahaja, tetapi akan dapat juga dihasilkan dalam pelbagai bentuk produk, seperti pemakaian samping, baju tradisonal Johor, aksesori wanita dan lelaki, kusyen serta perabot.

Sumber: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd