Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Projek KB Sentral: Kerajaan Kelantan Beri Kata Dua Kepada Perak Transit

Kerajaan Kelantan telah memberi kata kepada syarikat Perak Transit untuk sama ada meneruskan projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) mengikut syarat yang ditetapkan atau melepaskan tanggungjawab tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadhli Hassan, menegaskan kerajaan negeri bersedia mengambil alih pembinaan sekiranya pemaju masih mahu berunding mengenai syarat tambahan.

Kelantan

Foto: Facebook Dr Mohamed Fadzli Hassan

Menurut beliau, kerajaan negeri menetapkan tempoh tertentu bagi Perak Transit untuk membuat keputusan dan sekiranya mereka enggan menerima syarat tersebut, projek itu akan dibangunkan sendiri oleh kerajaan negeri tanpa melibatkan mana-mana syarikat lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarat utama yang dikenakan adalah pelantikan syarikat China Communications Construction Co Ltd (CCCC) sebagai kontraktor utama projek tersebut.

“Kita sudah berikan syarat yang perlu dipatuhi, jika mereka setuju, kita teruskan.

Artikel lain: Penyalahgunaan Dadah Punca Masalah Jenayah Di Kelantan – Polis

“Jika tidak, kerajaan negeri akan mengambil alih dan membangunkan sendiri projek ini dan kami juga tidak akan mencari syarikat lain selepas ini,” katanya semasa Mahabbah Kepimpinan Kerajaan Negeri bersama Media Kelantan 2025 di Kota Bharu, pada Rabu.

Projek bernilai RM64 juta ini merangkumi pelbagai komponen seperti pusat beli-belah dan kediaman. Kerajaan negeri itu bagaimanapun memberi fokus utama kepada pembinaan terminal bas terlebih dahulu, manakala bahagian lain akan diselesaikan kemudian.

“Fokus kita sekarang adalah memastikan terminal bas siap mengikut jadual. Komponen lain seperti pusat beli-belah boleh dibangunkan selepas itu,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Dunia

Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto, sekali lagi menegaskan kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar apabila beliau mencadangkan agar Bahasa Perancis turut diajarkan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd