Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program SolaRIS Diperkenal, PETRA Galak Pengguna Domestik Pasang Sistem Solar PV

Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan memperkenalkan satu program Solar for Rakyat Incentive Scheme (SolaRIS) sebagai usaha menggalakkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) oleh pengguna domestik.

Menerusi satu kenyataan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pemasangan sistem solar PV di premis kediaman oleh pengguna domestik merupakan langkah quick wins yang membolehkan ruang bumbung bangunan dimanfaatkan untuk penjanaan tenaga boleh baharu (TBB).

Foto: FB Fadillah Yusof

“Mengambil kira potensinya yang besar, pemasangan sistem solar PV di premis kediaman wajar diperluaskan bagi menyokong usaha Kerajaan untuk meningkatkan kapasiti TBB dalam sistem pembekalan elektrik kepada 70% menjelang tahun 2050 serta mampu mengurangkan perlepasan karbon oleh sektor bekalan elektrik,” katanya hari ini.

Beliau juga berkata pelancaran SolaRIS dijangka dapat meningkatkan penerapan penjanaan solar dalam kalangan rakyat di bawah Program Net Energy Metering (NEM) mengikut beberapa ketetapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemberian rebat berjumlah RM1,000/kWac sehingga maksimum RM4,000 kepada pengguna baharu NEM Rakyat yang mengemukakan permohonan NEM kepada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia bermula 1 April sehingga 31 Disember antara ketetapan yang digariskan kerajaan.

Foto: Google

“Skim ini terbuka kepada semua warga negara Malaysia dengan had tuntutan sekali bagi setiap seorang yang merupakan pemegang akaun TNB.
“Skim ini adalah terbuka kepada mereka yang merupakan pemohon kali pertama bagi Program NEM,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pemberian rebat terhad kepada kuota NEM Rakyat dan permohonan NEM Rakyat yang telah diperolehi perlu beroperasi selewat-lewatnya 31 Mac 2025 atau sehingga kesemua kuota rebat SolaRIS habis diagihkan.

“Pembayaran rebat hanya akan dibuat selepas pemasangan serta pengoperasian sistem solar PV di bawah Program NEM Rakyat, atas nama pemegang bil dan akan didepositkan ke dalam akaun bank tempatan pengguna, tertakluk kepada terma dan syarat tuntutan.
“Pemberian insentif ini akan dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan perincian program ini boleh didapati di laman sesawang TNB, SEDA Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga,” tambahnya lagi.

Foto: FB PETRA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, kerajaan juga bersetuju untuk meluluskan kuota tambahan sebanyak 100 megawatt (MW) di bawah Program NEM Rakyat, menjadikan jumlah kuota yang diperuntukkan meningkat kepada 350MW.

PETRA yakin program SolaRIS mampu menarik lebih ramai pengguna domestik untuk menyertai dan menikmati manfaat daripada pemasangan sistem solar di premis kediaman, seterusnya menyumbang kepada aspirasi peralihan tenaga serta sasaran neutral karbon negara menjelang 2050.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sukan

Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia memberikan pujian tinggi terhadap bintang muda negara, Arif Aiman Hanapi, dengan menyifatkannya sebagai permata berharga...

Lokal

Seramai 732 Ketua Isi Rumah (KIR) di Perak berjaya keluar daripada status miskin tegar setakat 31 Disember 2025, sekali gus mencapai sasaran sifar miskin...

Lokal

Pelaksanaan undang-undang syariah terhadap individu yang meninggalkan solat Jumaat di Kedah bukan bertujuan menghukum semata-mata, sebaliknya sebagai usaha mendidik serta meningkatkan kesedaran umat Islam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd