Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Setuju Lanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 Hingga Tahun Depan

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata keputusan melanjutkan program pengampunan pulang pendatang tanpa izin secara sukarela yang tamat pada 31 Mac lepas itu, mendapat persetujuan agensi kawal selia termasuk Jabatan Peguam Negara.

Program Repatriasi Migran 2.0

Program Repatriasi Migran 2.0

“PRM 2.0 tidak terbuka kepada pendatang tanpa izin yang telah mendaftar namun gagal membuat perjalanan keluar menerusi program sebelum ini.
“la juga tidak terbuka kepada mereka yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan mempunyai waran tangkap atau dikehendaki pihak berkuasa,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Imigresen di sini hari ini.

PRM 2.0 merupakan program pengampunan pulang pendatang tanpa izin secara sukarela dengan mereka dikecualikan tindakan pendakwaan dan ditawarkan kompaun mengikut kesalahan tertentu.

Saifuddin Nasution berkata melalui program ini kompaun sebanyak RM500 dikenakan bagi kesalahan memasuki dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah serta kesalahan tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas dikeluarkan, manakala kompaun RM300 bagi kesalahan melanggar syarat pas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tarif Turun, Ekonomi Naik? PNM Kupas Dampak Lawatan Xi Jinping Ke Malaysia

Program Repatriasi Migran 2.0

“Selain itu, pemohon turut dikenakan bayaran Pas Khas sebanyak RM20 bagi setiap pengeluaran.
“Kanak-kanak warga asing bawah 18 tahun yang tinggal lebih masa atau dibawa masuk ke Malaysia tanpa suatu pas yang sah dikecualikan daripada kompaun, namun perlu membayar Pas Khas yang sama,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata individu dengan status perundangan khas seperti pasangan warganegara yang tinggal lebih masa perlu hadir ke Bahagian Visa, Pas dan Permit untuk tujuan penyelarasan pas.

“Kementerian menyeru semua pihak termasuk perwakilan asing, majikan dan komuniti warga asing untuk menyebarluaskan maklumat ini dan menggalakkan penyertaan awal bagi mengelakkan kesesakan menjelang tarikh akhir,” katanya.

Pada 15 Mac lepas, Saifuddin Nasution berkata Jabatan Imigresen dalam proses untuk melanjutkan Program Repatriasi Migran yang dijadualkan tamat pada 31 Mac.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd