Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program Komuniti Rahmah Fokus Ekonomi Sara Hidup Komuniti KRT -Menteri KPN

Menteri Perpaduan, YB Datuk Aaron Ago Dagang telah berkesempatan untuk merasmikan Program Komuniti Rahmah Bersama Jentera Perpaduan Negeri Terengganu pada 5 Februari 2024 di KRT Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu.

Dalam ucapannya, beliau telah merakamkan ribuan terima kasih diatas kesudian KRT Kampung Pengkalan Ajal untuk menjadi tuan rumah bagi program berkenaan.

program komuniti rahmah

Pelbagai aktiviti digerakkan demi capai agenda Program Komuniti Rahmah

Beliau turut memaklumkan yang Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah merangka pelbagai aktiviti untuk digerakkan khususnya oleh KRT bagi mencapai agenda penting Program Komuniti Rahmah.

Salah satunya ialah dengan melaksanakan Projek Ekonomi Komuniti KRT yang memberi tumpuan ke arah meningkatkan pendapatan komuniti dan membantu menangani masalah kos sara hidup yang tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setakat ini, dibawah inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga, sebanyak 257 projek ekonomi sedang diusahakan oleh KRT dan kementerian mensasarkan lebih banyak KRT akan laksanakan projek ekonomi seperti itu.

program komuniti rahmah

Fokus utama Program Komuniti Rahmah adalah ekonomi sara hidup komuniti KRT

Menurut Aaron Ago lagi, ekonomi dan sara hidup akan lebih diberikan fokus pada tahun ini sejajar dengan Majlis Amanat Tahun 2024 tempoh hari dengan matlamat utama adalah meringankan kos sara hidup, meningkatkan sosioekonomi dan menjamin kualiti hidup yang baik.

KPN minta pihak JPNIN laksana profiling kawasan rukun tetangga

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan telah meminta pihak  JPNIN untuk melaksanakan profiling kawasan rukun tetangga bagi lebih memperkasa sesebuah KRT.

“Ini kerana bagi memperkasakan sesebuah KRT termasuk pemberian geran aktiviti memerlukan pemprofilan kawasan yang lengkap merangkumi maklumat asas komuniti seperti jumlah penduduk mengikut pecahan umur, jantina, kaum, agama, tahap pendidikan, jumlah pendapatan, kemudahan infrastruktur, pihak-pihak yang berkepentingan, sumber-sumber dalaman, keperluan komuniti serta isu-isu yang dihadapi.
“Profiling kawasan adalah amat penting dalam menentukan strategi dan tindakan serta kesesuaian program yang dianjurkan agar memberi impak optimum kepada komuniti. Ini kerana dalam konteks pengurusan komuniti tiada inisiatif dan program yang bersifat one size fits all,” jelasnya.

program komuniti rahmah

Artikel lain: KPN & MYDIN beri sumbangan Bakul Rahmah kepada 500 penerima sempena CNY

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri KPN berkesempatan edar sumbangan Kotak Rahmah

Sewaktu majlis tersebut, Menteri KPN  turut berkesempatan  mengedarkan sumbangan sebanyak 150 kotak Rahmah kepada keluarga mangsa banjir KRT Kampung Pengkalan Ajal apabila telah mengalami bencana itu sebanyak dua kali sehingga mengakibatkan kerosakan pada kediaman serta harta benda.

program komuniti rahmah

Sehingga kini, KPN melalui JPNIN telah mengedarkan 24,416 Kotak Rahmah di seluruh negara sebagai usaha membantu meringankan beban kepada mangsa banjir.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd