Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program Jom Baca 10 Minit Inisiatif Bentuk Masyarakat Minat Membaca

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Program Jom Baca 10 Minit bersempena dengan Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Menerusi satu kenyataan, menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata, program tersebut merupakan Program Galakan Membaca dalam usaha untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan budaya membaca dan mempunyai minda kelas pertama.

Foto: FB Aaron Ago Dagang

“Program ini merupakan satu kaedah untuk menggalakkan pembacaan dan memaklumkan kepada masyarakat mengenai perlindungan harta intelek dan hak cipta.
“Pada tahun ini, tema “Pembacaan Melestarikan Perpaduan” telah dipilih di mana ia melambangkan tindakan meneroka ilmu pengetahuan menerusi pembacaan dan pembelajaran, masyarakat dapat menyumbang kepada pemeliharaan perpaduan dalam kalangan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan majlis perasmian Program Jom Baca 10 Minit secara hibrid di Dewan SMK Putrajaya Presint 9, Putrajaya hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aaron berkata, berlaku peningkatan kadar pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia hasil daripada pelbagai program pemerkasaan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa sepanjang tahun 2022 hingga 2023.

“Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2022/2023 yang dijalankan oleh PNM mendapati kadar pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia telah meningkat daripada 15 naskhah pada tahun 2005 kepada 24 naskhah setahun pada tahun 2022/2023,” ujarnya.

Aaron turut berkata, Karnival Baca Perdana buat julung kalinya diadakan pada 4 Julai tahun ini, berbeza daripada kempen membaca yang diadakan  pada setiap tahun sebelum ini

“Penganjuran program ini adalah untuk menghidupkan semula Kempen Bulan Membaca Kebangsaan yang pernah dilaksanakan suatu masa dahulu dengan tanda pagar (hashtag) #bacasamasama.
Pelbagai aktiviti galakan membaca diadakan sempena majlis ini berlangsung seperti Persembahan Boneka, Sesi Bercerita, Puisi bersama Tokoh dan Forum Perpaduan Melalui Pembacaan. ,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, KPN berharap agar dengan penganjuran program sebegini dapat mempertingkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat selain menyemai semangat perpaduan dan kekitaan menerusi pembacaan.

Program Jom Baca 10 Minit juga turut dijayakan bersama sektor perpustakaan di Malaysia dan disokong oleh Kementerian,Jabatan, Agensi Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) bagi meningkatkan pembudayaan membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd