Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Program C2C Bantu Lahir Graduan Bersaing Bersama PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menyokong usaha memartabatkan sektor pendidikan tinggi negara dengan melaksanakan pelbagai program berimpak tinggi bagi membantu meningkatkan akademik dan kebajikan para pelajar.

Pengerusi PTPTN, YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim berkata, Program C2C ini adalah salah satu usaha dalam membantu pelajar membina asas yang kukuh untuk masa depan serta memperkasa pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka.

“Program C2C ini adalah salah satu usaha dalam membantu pelajar membina asas yang kukuh untuk masa depan mereka. Untuk merealisasikan tujuan tersebut, PTPTN telah berkolaborasi dengan institusi pendidikan dan sektor industri dengan menganjurkan program-program pemerkasaan termasuk bengkel, seminar dan program latihan yang membantu pelajar mempersiapkan diri untuk memasuki dunia pekerjaan.
“Melalui pendekatan ini, PTPTN berharap ia bukanhanya mampu memperkasa pelajar dengan pembiayaan, tetapi juga dengan kemahiran
dan pengetahuan yang relevan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka,” katanya dalam satu sidang media Isnin lalu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program C2C With PTPTN yang bertempat di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang, Pahang, Isnin lalu.

Sementara itu, pengerusi PTPTN berkata, program ini juga memberi pendedahan berkenaan kemahiran pengurusan kewangan yang sesuai dan relevan dengan keperluan semasa dan produk simpanan PTPTN, iaitu Simpan SSPN merupakan antara pilihan bagi instrumen simpanan terbaik untuk persediaan pendidikan sebagai jaminan masa hadapan pelajar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Program C2C With PTPTN ini juga memberi pendedahan berkenaan kemahiran pengurusan kewangan yang sesuai dan relevan dengan keperluan semasa. Pelajar perlu diberikan kesedaran awal bahawa mengutamakan penabungan merupakan salah satu cara terbaik dalam mengurus kewangan dan membuat pilihan bijak dengan memilih produk simpanan yang menawarkan pelbagai manfaat serta pulangan yang berbaloi.
“Produk simpanan PTPTN iaitu Simpan SSPN merupakan antara pilihan bagi instrumen simpanan terbaik untuk persediaan pendidikan sebagai jaminan masa hadapan,” tambah beliau lagi.

Bukan itu sahaja, program ini juga telah menyalurkan bantuan kepada 105 orang pelajar yang layak dengan peruntukan berjumlah RM52,500.00 dan 24 orang pelajar yang layak di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dengan peruntukan berjumlah RM12,000.00. Setiap pelajar yang layak menerima bantuan berjumlah RM500.00 secara one off dan disalurkan ke dalam akaun bank pelajar.

Turut hadir dalam program tersebut, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMPSA, Ketua Eksekutif PTPTN, Dekan Fakulti Komputeran UMPSA dan Timbalan Pengarah Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS).

Program Campus to Career atau dikenali sebagai Program C2C With PTPTN ialah lanjutan daripada Program Literasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya yang telah diadakan oleh PTPTN sejak tahun 2022.

Program ini telah ditambahbaik dengan pengisian yang lebih komprehensif dan menyumbang kepada kebolehpasaran graduan ke arah menyediakan graduan yang berkualiti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Setelah lebih lapan tahun, saluran Astro Warna secara rasmi tamat siaran pada tengah malam 3 Disember dan dikatakan bakal beralih ke saluran Astro Prima....

Lokal

Lebih RM45 juta wang tunai dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram...

Sosial

Pendakwah dari Indonesia, Miftah Maulana mohon maaf kepada seorang penjual teh ais selepas tular video memaparkan beliau sedang melemparkan kata-kata kesat dan hina kepada...

Nasional

Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada 2021 serta 2022 dibuat oleh Menteri Pendidikan sebelum ini, iaitu Datuk Radzi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd