Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PRK DUN Nenggiri: Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Diumum Sebagai Calon PN

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS, Mohd. Rizwadi Ismail sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan.

Menurut satu laporan Kosmo!, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengumumkan percalonan tersebut semasa majlis yang berlangsung di Masjid Hijau Renok, Gua Musang pada Isnin.

Foto: Kosmo!

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) juga telah mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon parti berkenaan yang akan bertanding untuk kerusi PRK DUN Nenggiri yang sebelum ini dimenangi BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong bermula 19 Jun lalu berikutan notis bertulis dikeluarkan BERSATU pada 12 Jun yang memaklumkan Mohd Azizi hilang keahlian BERSATU dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Mohd Azizi yang juga ahli Parlimen Gua Musang sebelum ini telah mengikrar sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lima ahli Parlimen serta seorang lagi ADUN BERSATU.

Foto: 1media.my

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Kosmo! (Aimuni Tuan Lah)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd