Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Priyanka Chopra Dikecam, Gendong Anak Menghadap Ke Depan

Umum mengetahui pelakon antarabangsa, Priyanka Chopra dan suaminya, Nick Jonas yang juga seorang selebriti terkenal menimang cahaya mata perempuan hasil menggunakan khidmat ibu tumpang.

Malah, pasangan selebriti itu mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Malti Marie selepas setahun berkongsi gambar bayi itu berserta ‘sticker’ atau emoj.

View this post on Instagram

A post shared by E! News (@enews)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disapa media dan peminat

Terbaharu, tular sebuah video memaparkan keluarga kecil pasangan selebriti itu disapa oleh media tempatan dan peminat sebelum memasuki ke dalam kereta.

Dalam video berkenaan, aktres berusia 40 tahun itu dilihat mengendong anaknya menghadap ke hadapan sebelum merangkul pinggang suaminya bagi memudahkan orang ramai mengambil gambar mereka sekeluarga.

@viralstars8

awee..soo cute #priyankachopra with family 🥰😍#nickjonas #keeploving #viralcouple

Advertisement. Scroll to continue reading.

♬ original sound – Mandira_forever

Tak selesa dan kekok pegang anak

Bagaimanapun, rata-rata warganet mengkritik cara bintang Bollywood itu mengendong anak perempuannya dengan mengatakan Priyanka tidak pandai menjaga seorang bayi.

Malah, mereka juga menyatakan pelakon filem Don itu kelihatan agak agresif selain hanya berlakon menjadi seorang ibu penyayang di hadapan lensa kamera.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengaitkan caranya memegang dengan status anak perempuannya yang hanya dihasilkan menerusi ibu tumpangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, Nick Jonas dan Priyanka telah berkahwin pada 1 Disember 2018. Selepas tiga tahun berumah tangga, mereka memaklumkan telah menimang seorang cahaya mata perempuan dengan menggunakan khidmat ibu tumpang pada awal tahun 2022.

Sejak dari itu, mereka tidak pernah mendedahkan wajah anak perempuan mereka yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas kepada umum dan kerap meletakkan emoji apabila berkongsi gambar bersama.

Mereka hanya berkongsi wajah sebenar anak perempuan mereka pada penghujung Januari tahun ini.

Sumber: TikTok @viralstars8, Instagram enews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd