Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Prestasi Membanggakan, Kontinjen FELDA Wakili Malaysia Sertai World Robot Games 2024

Kontinjen FELDA Malaysia, iaitu anak-anak muda cilik dari Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh Kuantan, Pahang berjaya menjadi wakil negara di World Robot Games 2024 yang berlangsung pada 6 hingga 8 November lalu di Nanyang Polytechnic, Singapura.

Bagi kategori Soccer Games, pasukan Malaysia mara ke pusingan kedua dan telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran pengaturcaraan dan strategi permainan berpasukan.

Walaupun pada awalnya kecundang, menerusi acara Ball Fighting, penyertaan pasukan Malaysia tetap memberikan pengalaman berharga yang dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki prestasi pada masa hadapan.

Prestasi cemerlang dipamerkan oleh pasukan Malaysia dalam acara Sumo diwakili oleh Muhammad Qazif Qaid Abu Zalrifari Ikram yang berjaya merangkul naib johan dalam kedua-dua kategori RC Sumo Junior dan RC Sumo Open.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, Naufal Irfan Mohd Sabri turut memberikan saingan yang hebat dalam kategori RC Sumo Open dengan menduduki tempat keempat, yang merupakan satu pencapaian baik.

Menyingkap acara Inovasi pula, walaupun tidak mencapai podium, penyertaan Malaysia telah mempamerkan idea-idea yang kreatif, inovasi dan inovatif.

Penyertaan pasukan Malaysia dalam World Robot Games 2024 telah berjaya membina pengalaman, keyakinan, dan kemahiran yang akan menjadi bekalan untuk terus bersaing di peringkat global.

Walaupun menghadapi persaingan sengit, pasukan Malaysia berjaya mencapai beberapa keputusan yang membanggakan malah embuktikan bahawa bakat muda Malaysia memiliki potensi besar dalam arena robotik bertaraf antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, penyertaan pasukan Malaysia, Gohillians Robotic telah menjadi juara Pertandingan Robotik FELDA Kebangsaan 2024 sempena Hari Peneroka FELDA 2024 yang diadakan di MAEPS Serdang, Selangor 12 hingga 14 Julai lalu.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Seorang lelaki berbangsa Cina dikenali sebagai Norman Goh menceritakan pengalaman melanjutkan pengajian di universiti idamannya biarpun gagal pada percubaaan pertama. Menerusi perkongsian di Facebook,...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Ishaq Marazi, tampil mendedahkan pandangan berhubung projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru yang kini hangat diperkatakan. Menurutnya, beliau merupakan antara pemilik...

Lokal

Sebak dan terharu. Seorang bapa kepada 10 anak menangis teresak-esak sambil sujud syukur di atas pentas selepas lapan anaknya menerima sijil kelahiran secara rasmi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd