Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Premis Di Terengganu Kibar Bendera Israel Cetus Kemarahan Ramai

Tular di laman sosial memaparkan sebuah premis di Terengganu bertindak kibar bendera Israel di hadapan kedainya telah mengundang kemarahan ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @sekompo_2u di laman TikToknya, terdapat dua keping gambar yang menjadi bukti kepada insiden tersebut.

Kibar bendera Israel

@sekompo_2u

Sebuah premis di terngganu di kesan mengibarkan bendera israel. pelaku dikatakan telah memohon maaf..

♬ original sound – Rakhmat75 – @RahmatNovie75

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Colombia Halau Duta Israel, Tak Kisah Putus Hubungan Diplomatik

Difahamkan, pemilik premis tersebut telah memohon maaf atas kesilapannya dan sudah menurunkan bendera itu.

“Sebuah premis di terngganu di kesan mengibarkan bendera israel. Pelaku dikatakan telah memohon maaf,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.

Motif kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa dan orang ramai diminta untuk terus bersabar tanpa mengambil tindakan sendiri.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ramai tak puas hati!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluakan rasa tidak puas hati dengan tindakan tidak bertanggungjawab pemilik premis berkenaan yang tidak menjaga sensitiviti isu terkini.

Boikot kedai tu!

Bukan itu sahaja, ramai mahu memboikot kedai tersebut dan tidak akan memaafkan perbuatan pemilik premis yang seakan-akan sengaja mencetuskan kemarahan terutamanya dalam kalangan umat Islam.

Sekadar info, lebih 3,000 penduduk Palestin dilaporkan telah terkorban dengan lebih 12,000 cedera akibat serangan rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza.

Malah, lebih 1,000 kanak-kanak terbunuh dalam 11 hari serangan udara Israel ke atas Semenanjung Gaza dengan purata seorang kanak-kanak terkorban setiap 15 minit menjadikan golongan itu satu pertiga daripada jumlah kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @ekompo_2u

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Sosial

Pasangan suami isteri yang tular selepas dipercayai bertengkar di sebuah restoran makanan segera di Senai tampil menjelaskan keadaan sebenar bagi menepis pelbagai spekulasi yang...

Nasional

Kalau korang berada di Melaka hujung minggu ini, jangan terkejut kalau Morten Walk jadi antara lokasi paling meriah. Karnival Hebatkan Perniagaan Malaysia (KHPM) Edisi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd