Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pos Malaysia Lancar Pos Shop Kedua Di Brickfields

Selepas di Medan Tuanku, Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) lancar kedai serbaneka Pos Shop kedua yang terletak lokasi strategik di Brickfields, Kuala Lumpur hari ini.

Pos Shop baharu ini bersepadu dengan Pos Laju Brickfields yang sedia ada dan merangkumi lebih 1,1000 kaki persegi ruang runcit.

Pos Malaysia lancar Pos Shop kedua di Brickfields

Kali ini, Pos Malaysia telah menambah sesuatu yang istimewa di cawangan Pos Shop Brickfields iaitu pengenalan kepada Pos Kafe.

Pos Kafe ini menawarkan pelbagai makanan dan minuman sedia dimakan (RTE) di ruang makan selesa yang disediakan atau boleh dibawa pulang oleh pelanggan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Transformasi & Digital Kumpulan Pos Malaysia, Sumesh Rahavendra berkata sambutan daripada Pos Shop di Medan Tuanku sangat memberangsangkan.

Artikel lain: Pertama Digital, Pos Malaysia Lancar KOCEK Tukar Duit Syiling

Pada masa yang sama, dia juga yakin bahawa cawangan kedua Pos Shop akan mendapatkan sambutan yang sama daripada pelanggan.

“Kami yakin cawangan kedua ini juga akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.
“Dengan pengenalan Pos Kafe dalam Pos Shop, para pelanggan kini boleh menikmati makanan dan minuman yang disediakan segar setiap hari.
“Pilihan makanan yang tersedia ada dan mudah dijamu memudahkan pelanggan berikutan jadual harian mereka yang sibuk,” katanya.

Memanfaatkan capaian dan tapak runcit yang luas, Pos Shop menawarkan pelbagai pilihan minuman, pencuci mulut, snek dan produk penjagaan diri pada harga yang kompetitif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pos Shop Brickfields akan dibuka seawal jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Pos Malaysia bercadang untuk membuka sembilan buah lagi kedai serbaneka Pos Shop di Pahang, Selangor, Johor dan Melaka menjelang akhir tahun ini.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd