Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Politeknik Bukan Institusi Pengajian Kelas Ketiga, Setiap Insan Miliki Kemahiran

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meminta para pelajar politeknik di negara ini diminta agar membuang stigma bahawa institusi pengajian tersebut adalah golongan kelas ketiga.

Beliau yang ditemui pada Majlis Anugerah Gemilang Pelajar POLYCC 2023 berkata, politeknik merupakan sebuah institusi yang penting dalam negara ketika ini.

Politeknik, Kolej Komuniti bukan kelas ketiga

Oleh itu, setiap graduan daripada politeknik dan kolej komuniti tidak perlu mempunyai stigma bahawa institusi tersebut bukanlah pilihan sesuai.

“Jika sepuluh atau 20 tahun yang lalu, mungkin ramai menganggap politeknik dan kolej komuniti adalah pilihan kedua, ketiga mahupun terakhir. 
“Namun hari ini, persepsi ini sedikit sebanyak telah pun berubah seraya melihat kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh POLYCC serta keupayaan menawarkan program berimpak tinggi menjadi perhatian,”katanya.

politeknik kelas ketiga

Beliau berkata, tanggapan pengelasan politeknik dan kolej komuniti tersebut adalah tidak benar. Ini kerana beliau sendiri menjadi ejen penggalak yang menggalakkan sistem pendidikan yang mempunyai kemahiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap graduan miliki kemahiran, kepandaian

Zambry berkata, setiap pelajar yang belajar di politeknik dan kolej komuniti mempunyai kepandaian dan kebijaksaan tersendiir.

Oleh itu, mereka sendiri perlu memaklumkan dan tonjolkan kemahiran sedia ada yang tidak ada pada orang lain kepada masyarakat.

“Kita perlu memaklumkan kepada masyarakat kita. Sebagai contoh, saya sudah menyebutkan tadi mengenai teori multiple intelligent, maknanya setiap daripada kita ini mempunyai kemahiran khusus dalam diri.
“Bagaimana kita hendak membangunkan potensi yang ada. Jadi, kita perlu fahamkan masyarakat tentang kemahiran yang ada dalam setiap insan di negara ini. Maka, kita cungkilkan bakat untuk kita berikan ruang sebaik yang mungkin,”katanya lagi.

politeknik kelas ketiga

Berikutan itu, kerajaan ketika ini memberi tumpuan terhadap bidang-bidang kemahiran tertentu seperti di politeknik dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Langkah itu, katanya, bagi memberi tumpuan dan fokus agar bidang berkenaan tidak dipinggirkan dalam arus pendidikan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan telah pun memutuskan untuk memberikan penekanan dalam bidang teknik, khususnya kemahiran teknikal. Ini melibatkan dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tinggi juga diberikan keutamaan.
“Ini memandangkan perubahan-perubahan yang berlaku, khususnya dalam bidang industri yang sedang berkembang kini, termasuklah dalam konteks AI dan bidang-bidang yang lain yang ada kaitan dengan perkembangan terkini dalam dunia komunikasi dan sebagainya. 
“Oleh hal demikian, penekanan yang diberikan dalam bidang ini juga. Maknanya, pengiktirafan ini akan diberikan kepada bidang-bidang ini bagi mereka yang tidak mempunyai kemahiran sebagai contoh dalam pengajian mereka, tidak dapat masuk ke universiti. 
“Tetapi, kita percaya bahawa mereka memiliki kemahiran dalam bidang-bidang yang lain. Oleh yang demikian, kerajaan membuka potensi ini kepada mereka untuk belajar sama ada di politeknik, kolej komuniti dan juga dalam kursus,”kata Zambry ketika ditemui media.

Tambahnya, program yang beteraskan kepada work based learning juga diperkenalkan bagi membolehkan setiap pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.

“Kerjasama industri-industri besar, sebagai contoh, mereka memerlukan pekerja-pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang-bidang tertentu. 
“Mereka akan belajar separuh belajar mereka itu dalam industri yang berkenaan, separuh masa lagi dalam kampus-kampus mereka. Ini pendekatan baharu yang kerajaan bangunkan, bagi memulihkan keperluan dan permintaan dalam bidang-bidang khusus, 
“Keduanya, membuka ruang pekerjaan yang ada dan bukan khusus kepada bidang-bidang tertentu,”katanya lagi.

Sementara itu, Zambry turut memuji pencapaian cemerlang yang telah ditunjukkan dalam aktiviti pembangunan sahsiah di institusi berkenaan.

Ini kerana ia telah melahirkan insan yang holistik, bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam aspek kepimpinan, sukan kebudayaan, inovasi, keusahawanan, pengucapan awam dan kemahiran.

Pada Majlis Anugerah Gemilang Pelajar POLYCC 2023, sebanyak 18 anugerah dipertandingkan seperti Anugerah Gemilang Utama Menteri Pendidikan Tinggi, Anugerah Gemilang Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik, Anugerah Gemilang Kemahiran Politeknik, Anugerah Gemilang Sukan Kolej Komuniti dan banyak lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap daripada penerima anugerah bagi kategori yang dipertandingkan membawa pulang piala, wang tunai, hadiah iringan sumbangan agensi luar serta sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr Mohd Zahari Ismail.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd