Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Polis Tembak Penghantar Makanan Sebab Pakai Helmet Dalam Shopping Mall

Tular di media sosial, seorang anggota polis dari Balai Khlong Luang bertindak menembak penghantar makanan yang melanggar prosedur keselamatan ketika memasuki sebuah pusat membeli belah di Wilayah Pathum Thani, Bangkok.

Difahamkan, Timbalan Inspektor Trafik, Phantae Buawichaisin telah melepaskan sedas tembakan di bahagian kaki penghantar makanan, Arkorn Yuenyong selepas enggan untuk membuka topi keledar semasa masuk ke pusat beli belah tersebut.

Tindakan itu dilakukan untuk menjaga keselamatan bank dan kedai emas di dalam pusat beli belah tersebut memandangkan penjenayah sering menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar untuk melakukan rompakan.

Pun begitu, rakan kepada mangsa iaitu Sakkarin menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan Arkorn kerap memakai topi keledar ketika memasuki pusat beli belah pada setiap hari itu untuk memasuki wang di dalam mesin deposit tunai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelasnya lagi, pada hari kejadian dia dan Arkorn mahu mendepositkan wang di Siam Commercial Bank (SCB) namun, Phantae telah menghampiri Arkorn dan memintanya untuk membuka topi keledar.

Pada waktu itu, Arkorn telah selesai memasukkan wang dan beredar dari lokasi tersebut dengan mengendahkan arahan yang dikeluarkan oleh Phantae.

Berang arahannya tidak dipatuhi, Phantae mengacukan pistol dan melepaskan tembakan di kaki kiri Arkorn.

Susulan kejadian itu, Superintendan Kiattisak Mitprasart menjelaskan Phantae hanya menjalankan tugasnya sebagai anggota polis memandangkan kes rompakan sering berlaku di bank tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil pemeriksaan turut mendapati Phantae negatif bagi ujian alkohol dan Kiattisak akan memberi jaminan siasatan akan dilakukan dengan telus dan adil.

Sumber: Thaiger

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd