Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Lelaki Didakwa Pukul Warga Emas

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tahan seorang lelaki yang didakwa pukul seorang wanita warga emas sehingga terjatuh di Tanjung Kling, Melaka pada Isnin.

Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik di X itu memaparkan pergaduhan jiran bersebelahan rumah berpunca daripada perselisihan faham kedua-dua pihak.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, polis telah menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Foto: Berita Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa merupakan seorang wanita warga emas berusia 76 tahun telah dipukul oleh seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal (terencat fikiran akibat kemalangan),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Christopher, kejadian itu berpunca daripada tindakan lelaki tersebut membakar sampah di kawasan berhampiran kediaman mangsa.

Wanita warga emas itu telah menegur perbuatan lelaki terbabit namun berlaku perselisihan faham sehingga berakhir dengan insiden mangsa dipukul.

Menerusi video tersebut, suspek dilihat tiba-tiba meluru ke arah mangsa dan menumbuknya beberapa kali sehingga  menyebabkan wanita warga emas itu jatuh tersembam.

Polis tahan lelaki didakwa pukul warga emas

“Pada 29 Januari 2024 jam 12.10 malam, tangkapan keatas lelaki berkenaan telah dijalankan oleh pihak polis.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencederakan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak polis menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan sebarang berita tidak benar bagi mengelakkan kegusaran daripada masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan pergaduhan antara mangsa bersama anak pemilik tapak glamping itu berhampiran rumah mereka.

Menurut keluarga mangsa, pemilik tapak glamping terbabit selalu melakukan pembakaran terbuka sehingga menyebabkan neneknya mengalami sesak nafas.

Walaupun keluarga mangsa sudah berbincang dengan pemilik tapak glamping, namun ia hanya berakhir dengan pertelingkahan.

Bagaimanapun, pemilik tapak glamping itu menafikan tuduhan daripada keluarga berkenaan dan berkata mereka menguruskan sisa buangan dengan baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook PDRM Melaka

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Politik

PAS menegaskan akan terus memilih amalan demokrasi sebagai wadah perjuangan politik walaupun menghadapi penyalahgunaan prinsip tersebut oleh golongan sekular. Sering disalah guna golongan sekular,...

Sosial

Seorang wanita yang bekerja di Kuala Lumpur menarik perhatian ramai selepas dia memilih untuk naik kapal terbang setiap hari dan ulang-alik dari Penang ke...

Dunia

Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd