Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Tular Bawa Barang Lebih Muatan, Polis Sahkan Pemandu ‘Axia Merah’ Alami Masalah Jiwa

Polis Sahkan Pemandu

Polis mengesahkan bahawa pemandu kereta Perodua Axia berwarna merah yang tular membawa muatan secara berbahaya di Jalan Dengkil–Banting semalam mengalami masalah jiwa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 59 tahun itu pernah terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lalu dan mengalami kecederaan di kepala yang dipercayai menjejaskan kesihatan mentalnya.

“Kereta jenis Perodua Axia dipandu lelaki itu telah ditahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan pemeriksaan dan tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Polis Sahkan Pemandu ‘Axia Merah’ Alami Masalah Jiwa

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati pemandu terbabit memiliki lesen memandu yang sah dan kenderaan yang digunakan mempunyai dokumen perjalanan lengkap.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 13 saat memaparkan sebuah kereta Axia membawa muatan dalam keadaan berbahaya dengan barangan yang dilonggokkan di atas bumbung, sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami bertindak mengesan kereta itu susulan satu video tular berdurasi 13 saat yang dimuat naik di Facebook oleh pemilik akaun ‘Sepang Viral’,” kata Norhizam.

Artikel lain: LIMA’25: Pemilik Kereta Sewa Beri Teguran, Jurugambar Berdiri Atas Bumbung Kereta Demi Rakam Foto

Beliau memaklumkan, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di sekitar Jalan Dengkil–Banting dan pihak polis berjaya mengesan kenderaan itu bersama pemiliknya tidak lama kemudian.

Difahamkan, sebahagian muatan yang dibawa turut terjatuh ke atas jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Norhizam berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Online (Mohd. Husni Mohd. Noor)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Dunia

Iran mengisytiharkan kemenangan bersejarah ke atas Amerika Syarikat dan Israel selepas 40 hari konflik, dengan mendakwa Donald Trump terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd