Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JPJ Siasat Pemandu Bas Pangku Wanita Ketika Memandu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengenal pasti pemandu bas yang tular selepas didapati mengendalikan kenderaan sambil memangku seorang wanita di atas riba.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, tindakan siasatan segera telah dijalankan sebaik sahaja video berkenaan mula tular di media sosial.

“Pemandu terlibat serta syarikat bas telah dikenal pasti.
“Pemandu tersebut telah dipanggil untuk dirakam keterangan pagi ini,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau turut memaklumkan bahawa kertas siasatan akan dikemukakan kepada Ketua Pengarah JPJ untuk tindakan lanjut selepas siasatan lengkap.

Dalam masa sama, Muhammad Kifli menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi pejabat JPJ berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga menegaskan agar semua pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan komersial, sentiasa mematuhi peraturan keselamatan jalan raya.

“Pemandu diingatkan untuk memberi tumpuan penuh semasa pemanduan, usah melakukan perkara yang boleh mengundang kemalangan jalan raya.
“Kepada pemilik syarikat, pastikan pemandu yang dipilih dan dilantik ialah pemandu kompeten, tiada kesalahan lalu lintas serta memasang kamera litar tertutup (CCTV) dalam bas untuk memantau pemandu dan tingkah laku penumpang.
“Ini penting bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya serta mengelakkan kejadian yang boleh mengancam nyawa,” ujarnya.

Terdahulu, tukar rakaman menunjukkan seorang wanita duduk di atas riba pemandu sambil memegang stereng ketika bas sedang bergerak.

Difahamkan melalui perkongsian di Facebook, bas ekspres berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menuju ke Kulai, Johor ketika insiden itu dirakam.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Afham Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Impian beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2026 tidak kesampaian selepas tewas kepada...

Sukan

Kerajaan Negeri Johor mengumumkan hari Isnin, 25 Mei 2026 sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi seluruh negeri sempena kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala...

Lokal

Jambatan terpanjang merentasi sungai di negara ini telah dibuka secara rasmi hari ini, sekali gus menjadi mercu tanda baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak. Jambatan...

Sosial

Pendakwah muda, Ustaz Muhammad Abdullah, 33, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecik (UMK), selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nor Suhada Mohd Azam, 26,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd