Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Sahkan Kejadian Lepaskan Peluru Di Bandar Sunway, Seorang Dilapor Maut

Polis mengesahkan terdapat satu kejadian berbalas tembakan di sekitar Bandar Sunway, Kuala Lumpur pada petang semalam.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Polis Wan Azlan Wan Mamat berkata, butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Foto: NSTP

“Butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau juga melaporkan bahawa seorang lelaki dipercayai penyenayah telah maut dalam kejadian berbalas tembakan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lelaki warga asing disyaki penjenayah dipercayai ditembak mati dalam kejadian itu,” jelasnya.

Foto: Tangkap Layar X JalalMisai

Sementara itu, Hussein pula dilaporkan berkata, seorang penjenayah yang terlibat dalam beberapa kes samun telah ditembak mati di kawasan PJS, Petaling Jaya pada malam Selasa.

“Kejadian berlaku kira-kira 7 malam itu membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
“Lelaki tersebut dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun,” ujar beliau.

Foto: Tangkap Layar X JalalMisai

Tular di media sosial mengenai kejadian tembakan di sekitar Sunway Geo, Bandar Sunway dipercayai melibatkan anggota polis dan penjenayah terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam satu video berdurasi 51 saat, aksi tembak menembak itu melibatkan beberapa buah kenderaan yang mana sebuah kereta berwarna merah ditembak bertalu-talu selepas dihadang dengan kereta yang lain.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Nasional

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak mencuba kaedah yang dikenali sebagai ‘tidur enam saat’, kerana ia bukan tidur sebenar dan boleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd