Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Berjaya Rampas 25.7KG Bahan Terlarang Bernilai RM1.28 Juta

Polis berjaya menumpaskan cubaan pengedaran bahan terlarang (dadah) apabila merampas bahan disyaki syabu seberat 25,744.37 gram yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.28 juta dalam satu operasi di lobi sebuah kondominium di Penampang, semalam.

Rampas bahan terlarang bernilai RM1.28 juta

Rampas bahan terlarang bernilai RM1.28 juta

Memetik laporan Harian Metro, serbuan kira-kira jam 2 petang itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang selepas pemeriksaan dilakukan terhadap empat kotak mencurigakan yang ditemui di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton memaklumkan, hasil pemeriksaan lanjut ke atas kotak terbabit membawa kepada penemuan 24 paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan hablur disyaki methamphetamine.

“Keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan seberat 25,744.37 gram dengan nilai kira-kira RM1,287,218.50.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti serta menahan individu yang terlibat, selain membongkar rangkaian pengedaran dadah berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dua Rakan Berdepan Hukuman Mati, Edar 30KG Bahan Terlarang

Dalam pada itu, Sammy turut menzahirkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga operasi tersebut berjaya dilaksanakan.

“Orang ramai digesa terus bekerjasama dengan pihak polis dalam menyalurkan maklumat bagi memastikan daerah Penampang kekal selamat dan bebas daripada ancaman dadah,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Juwan Riduan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Dunia

Iran mengisytiharkan kemenangan bersejarah ke atas Amerika Syarikat dan Israel selepas 40 hari konflik, dengan mendakwa Donald Trump terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd