Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Langgar Lari Polis Trafik, Pemandu Disahkan Inspektor Menghidap Skizofrenia

Kes langgar lari melibatkan seorang anggota polis trafik yang cedera baru-baru ini mengejutkan ramai apabila suspek disahkan merupakan seorang Inspektor yang menghidap skizofrenia. Kejadian yang berlaku di Jalan Sultan Yahya Petra itu kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

Suspek sedang cuti sakit & dalam proses bersara

Memetik laporan daripada Berita Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menyatakan suspek pegawai kanan polis berusia 40 tahun itu juga sedang menjalani cuti perubatan khas dan dalam proses dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.

“Suspek disahkan mempunyai masalah kesihatan mental, iaitu skizofrenia, dan sedang menerima rawatan berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Dikejar dari Cheras hingga Chan Snow Lin

Menurut beliau, suspek berjaya ditahan selepas dikejar polis dari sekitar Jalan Cheras hingga ke Jalan Empat, Chan Sow Lin di sini, petang tadi.

Terdahulu, katanya, suspek dikesan sekitar jam 3.45 petang oleh anggota Unit Kawalan Lalu Lintas, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, hasil risikan serta semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, beliau menyatakan cubaan untuk menahan kenderaan dipandu suspek gagal ketika itu apabila lelaki berkenaan bertindak memecut keretanya untuk meloloskan diri secara berbahaya.

Malah, Fadil memaklumkan kereta dipandu suspek melanggar beberapa kenderaan lain ketika dikejar dari Jalan Cheras hingga ke Jalan Empat, Chan Sow Lin.

“Sepanjang operasi itu, polis trafik membuka laluan untuk mengelak kemalangan lebih serius dan mengurangkan risiko kepada pengguna jalan raya lain.

“Dalam cubaan melarikan diri, kereta dipandu suspek melanggar beberapa kenderaan orang awam, termasuk Mercedes Benz dan Proton Saga, serta beberapa kenderaan lain yang masih belum membuat laporan polis, setakat ini.

“Sebuah kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) polis yang menyertai operasi itu turut mengalami kerosakan,” katanya.

Difahamkan, suspek akhirnya dapat diberkas di Jalan Empat, Chan Sow Lin, dengan bantuan MPV dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras dan IPD Brickfields.


“Hasil pemeriksaan mendapati tiada barang salah ditemui, manakala ujian pernafasan alkohol menunjukkan keputusan negatif.
“Suspek akan menjalani ujian saringan air kencing bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Fadil memaklumkan setakat ini, pemilik tujuh kenderaan sudah tampil membuat laporan polis, membabitkan lima kereta awam dan masing-masing sebuah MPV polis dan motosikal awam milik pegawai polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Polis menyeru mana-mana pihak yang terbabit kejadian itu agar segera tampil membuat laporan di mana-mana balai polis trafik berhampiran.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Razif Jamaluddin, melalui talian 019-4482852 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-2026 0267 / 0269),” katanya.

Fadil berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana memandu secara melulu serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dalam kejadian sekitar jam 10.47 malam Jumaat lalu, seorang anggota trafik cedera akibat dilanggar sebuah Perodua Axia ketika bertugas mengawal lalu lintas di Jalan Sultan Yahya Petra.

Insiden itu menyebabkan mangsa, Konstabel Roslan Salleh, 27, cedera di tapak tangan kanan dan belakang kepala serta sakit di bahagian rusuk.

Sumber: Berita Harian (Nor Azizah Mokhtar)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd