Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas UPSI: Polis Perak Minta Pemandu Bas ‘Diam Dulu’, Elak Gangguan Dalam Siasatan

Polis Perak nasihatkan pemandu bas yang terlibat dalam nahas tragis meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka kepada mana-mana pihak buat masa ini.

Polis Perak mohon pemandu bas tak ganggu siasatan

Memetik laporan daripada Bernama, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin menyatakan tindakan pemandu berusia 39 tahun yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Taiping itu boleh mengganggu siasatan dan menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

“Tindakan yang dilakukan oleh pemandu berkenaan boleh menimbulkan pelbagai spekulasi lain kepada masyarakat dan siasatan yang dijalankan ini juga mengambil kira pelbagai aspek.
Walaupun negara ini membenarkan kebebasan bersuara, namun saya minta dia bersabar sehingga tiba gilirannya untuk memberikan keterangan,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

polis perak

Polis Perak akan ambil keterangan pemandu bas selepas  jalani rawatan

Datuk Noor Hisam memaklumkan pihaknya akan mengambil keterangan daripada pemandu bas tersebut selepas dia benar-benar stabil dan selesai menjalani rawatan.

Tambah beliau, setakat ini sebanyak 18 saksi telah dirakam keterangan melibatkan beberapa pihak, termasuk pelajar yang terselamat dalam tragedi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Perkara (rawatan) ini kita serahkan kepada pihak hospital, pegawai kita juga sentiasa memantau perkembangan pemandu berkenaan dari semasa ke semasa sebelum sebarang tindakan susulan diambil.”
“Kita juga menjalankan siasatan terperinci melibatkan beberapa agensi termasuk Jabatan Kimia Malaysia Perak, Jabatan Pengangkutan Jalan, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer dan sebagainya untuk memastikan  punca sebenar kemalangan berlaku,” ujarnya.

Rakaman dashcam sudah dihantar ke Bukit Aman

Sementara itu, Datuk Noor Hisham juga memaklumkan bahawa rakaman video dari kamera papan pemuka yang dipercayai merakam detik kejadian telah dihantar ke Jabatan Forensik Bukit Aman untuk dianalisis secara menyeluruh.

Artikel lain: 385 Lampu Jalan Solar Akan Dipasang Di Laluan JRTB Gerik-Jeli, Termasuk Lokasi Nahas Bas UPSI

Terdahulu, dalam insiden pada 9 Jun lalu, 15 pelajar UPSI maut apabila bas sewa khas yang dinaiki mereka dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus utama di Tanjung Malim, Perak terbalik selepas bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding.

Kemalangan ngeri itu turut menyebabkan 33 individu lain cedera, termasuk pemandu dan kelindan bas, serta pemandu dan tiga penumpang Perodua Alza.

Advertisement. Scroll to continue reading.
 Sumber: Bernama 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd