Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

385 Lampu Jalan Solar Akan Dipasang Di Laluan JRTB Gerik-Jeli, Termasuk Lokasi Nahas Bas UPSI

Sebanyak 385 unit lampu jalan jenis solar akan dipasang di sepanjang laluan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, termasuk di lokasi kemalangan tragis yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Ir Zamri Mat Kasim berkata, tender pemasangan lampu-lampu tersebut telah dibuka dan keputusan dijangka diketahui menjelang Julai tahun ini.

Foto: Sinar Harian

“Lampu jalan serta keadaan gelap bukan punca utama kemalangan. Kawasan tersebut juga telah mendapat peruntukan untuk diturap semula permukaan jalan serta garisan jalan.
“Pemantauan terkini di tapak mendapati permukaan jalan dalam keadaan baik dan tiada lubang. Perabot jalan juga sempurna seperti penghadang jalan, chevron dan papan tanda,” katanya.

Pasukan forensik dri Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR turut berada di lokasi kejadian bagi menjalankan kajian menyeluruh serta menyediakan laporan teknikal berkaitan insiden tersebut.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 1 pagi Isnin lalu melibatkan sebuah bas yang membawa pelajar UPSI, mengakibatkan 15 orang maut manakala 27 lagi cedera dan sedang dirawat di Hospital Gerik serta Hospital Baling.

Foto: Sinar Harian

Pemandu bas berusia 40 tahun dan kelindannya berusia 54 tahun turut mengalami kecederaan.

Siasatan awal mendapati bas tersebut hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan dan melanggar sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Nasional

Warganegara Malaysia bakal menikmati pasport dengan tempoh sah laku sehingga 10 tahun pada kadar bayaran RM350 yang dijangka dilaksanakan tahun ini. Ketua Pengarah Imigresen,...

Dunia

Pemerintah Brunei mengumumkan rombakan Kabinet secara besar-besaran dengan mewujudkan portfolio utama baharu serta melantik dua puteranya sebagai menteri, lapor portal berita Al-Monitor. Rombakan tersebut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd