Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Kesan Wanita Dakwa Akan Berkahwin Dengan Tengku Hassanal

Polis sedang mengesan seorang wanita yang mendakwa kononnya akan melangsungkan perkahwinan bersama Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman menyatakan bahawa pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

97260d14-79ed-41cd-81fa-d6e466a29798

Foto: Pahang Media

“Kita siasat perkara ini dan dalam tindakan mengesan suspek,” katanya hari ini.

Terdahulu, Istana Pahang menafikan satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Hassanal dengan seorang wanita yang kononnya akan berlangsung pada April tahun depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Istana Pahang nafi istiadat perkahwinan babitkan Tengku Hassanal

Foto: The Sun

Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mej Jen Datuk Mohamed Zahari Yahya dilaporkan berkata, hantaran yang dimuat naik pengguna akaun Instagram dengan nama Faridah Daud (faridah.daud_11) itu memaparkan wanita berkenaan seolah-olah merancang dan menerangkan majlis perkahwinannya bersama Tengku Hassanal.

“Istana Pahang telah beberapa kali mengesan hantaran fitnah yang dimuat naik individu sama dan meminta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang kenyataan yang dimuat naik selain portal rasmi Istana Pahang, iaitu istanapahang.my,” ujarnya.

Foto: Instagram @faridah.daud_11

Justeru, beliau berkata tindakan tegas boleh diambil terhadap individu terbabit atau mana-mana pihak yang dikesan membuat sebarang hantaran berbaur fitnah atau mengganggu gugat keharmonian khususnya Istana Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Tengku Hassanal sudah beberapa kali dikaitkan dengan spekulasi bakal berkahwin termasuk ketika menjelang perkahwinan dua adiknya, Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah tahun ini.

Sumber: Astro Awani, Instagram @faridah.daud_11

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd